Konflik Timur Tengah: Kerajaan susun langkah awal bawa keluar rakyat Malaysia, pelajar terlibat

MANJUNG – Kerajaan sedang menyusun langkah awal bagi membawa keluar rakyat Malaysia termasuk pelajar yang menuntut di institusi pengajian di kawasan terjejas susulan konflik di Timur Tengah.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, usaha berkenaan sedang dirancang dengan teliti termasuk menyelaras mekanisme pengeluaran rakyat Malaysia yang berada di kawasan krisis.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Negeri dalam memantau situasi semasa serta mengendalikan hal ehwal rakyat Malaysia di negara terlibat.

“Apa juga langkah berkaitan situasi di Timur Tengah ini kita serahkan kepada Kementerian Luar Negeri.

“Sekiranya terdapat keperluan atau arahan daripada kementerian itu untuk membawa keluar pelajar kita termasuk rakyat Malaysia, maka kita akan turut serta membantu melaksanakan proses tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) Daerah Manjung di Bako-Bako Restro di sini pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim.

Sementara itu, laporan media sebelum ini menyatakan seramai 323 rakyat Malaysia di Qatar telah mendaftar untuk menyertai usaha membawa pulang secara sukarela yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.

Duta Besar Malaysia ke Qatar, Mohd Faizal Razali dilaporkan berkata, penerbangan pertama yang membawa pulang rakyat Malaysia dijangka berlepas melalui Riyadh, Arab Saudi seawal Ahad atau Selasa, namun jadual penerbangan masih belum dimuktamadkan.

Setakat ini, kira-kira 323 rakyat Malaysia telah mengisi borang menyatakan minat untuk pulang melalui inisiatif tersebut dan mereka yang berminat masih boleh mendaftar sebelum senarai akhir peserta dimuktamadkan pada Sabtu.

Related Posts

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

PUTRAJAYA – Inisiatif bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan kerajaan sejak 15 April lalu berjaya mengurangkan penggunaan petrol RON95 dengan penjimatan subsidi mencecah RM4.22 juta bersamaan 2.14 juta liter setakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran