Mahu ke mana Hot FM?

MEDIA yang beroperasi secara sah melalui lesen yang dikeluarkan kerajaan seharusnya bertindak sebagai ejen pembinaan negara bangsa yang unggul.

Sekalipun operasi mereka terarah kepada sesuatu bahagian kehidupan, umpamanya hiburan, sukan, politik, pertanian, kembara, perniagaan, atau juzuk-juzuk yang lain, perkara teras itu sama sekali tidak boleh dilanggar.

Kewajipan ini terpakai kepada semua jenis media termasuklah media sosial namun yang lebih utama media awam yang berdaftar dan mendapat kelulusan kerajaan.

Pada setiap masa mereka perlu menjunjung aspirasi negara seperti menyemai nilai murni, meningkatkan kualiti jati diri rakyat, membijaksanakan akal budi, menentang rasuah, dan mengelakkan permusuhan kaum.

Sekalipun pihak yang memiliki media itu bertentangan sudut pandang politik dengan kerajaan, tidak ada kewajaran untuk mereka memperlihatkan kebiadaban terutama dalam siaran langsung.

Ringkasnya, media yang bertanggungjawab sentiasa memperlihatkan adab,
membijaksanakan akal budi masyarakat, mengukuhkan jati diri rakyat, dan tidak menggalakkan kebencian.

Termasuk dalam definisi “tanggungjawab” ini ialah menghormati pemimpin dan bertindak matang dalam melaksanakan sesuatu kritikan.

Malangnya itu tidak berlaku dalam sesetengah syarikat media dan perkara itu nampak sangat jelas kebelakangan ini.

Pelanggaran “kod etika sosial” itu terpapar dengan sangat jelas apabila Khairi Jamaluddin (KJ) “๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ถ๐—ป๐—ด” Perdana Menteri dalam siaran ๐˜ญ๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ Hot FM kelmarin.

Penganjingan itu dinikmati sepenuhnya oleh pihak yang terlibat dalam siaran tersebut seolah-olah subjek isu itu hanyalah budak-budak tepi jalan; bukannya pemimpin tinggi negara.

Sebagai sebuah media siaran radio awam; bukannya saluran politik, Hot FM tidak seharusnya bertindak sedemikian.

Kalaupun itu saluran radio politik, batasnya tetap juga perlu dijaga; sekurang-kurangnya kedudukan Perdana Menteri dihormati.

Hot FM perlu tahu arah tuju mereka dan sentiasa melihat apa-apa yang tercatat berkaitan lesen operasi mereka.

Perlu diingat bahawa ini bukannya soal kebebasan bersuara, tetapi ini ๐™จ๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™– ๐™ก๐™š๐™จ๐™š๐™ฃ.

Hot FM juga perlu tahu bahawa KJ telah banyak kali mempamerkan akhlak buruknya dalam ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ค๐˜ข๐˜ด๐˜ต ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฝ dengan mengkritik Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan secara dangkal.

Kejahatan dan bau najis itu kini dibawanya ke dalam Hot FM yang jelas sekali beroperasi sebagai siaran radio umum.

Seorang rakan penulis berkata, kalau ini berlaku pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir, ada kemungkinan Hot FM dah kena ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฅ dan kerjaya KJ pun silap-silap hilang macam tu saja.

Kata rakan penulis itu lagi, sikap seumpama itu boleh menyebabkan ada pihak yang kena lokap terus dan 60 hari ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ bawah ๐—œ๐—ฆ๐—”.

Yang penting, kelihatan sedang sohor kini hashtag ๐—•๐—ผ๐—ถ๐—ธ๐—ผ๐˜ ๐—›๐—ผ๐˜ ๐—™๐—  dan ini juga peringatan kepada Johan yang sekepala dengan KJ dalam siaran Hot FM itu.

Kata rakan penulis juga, bersedialah kalau filem yang nak keluar nanti ๐˜ง๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฑ di pawagam.

Jadi, kalau Hot FM mahu selamat, mohon maaf segera, tetapi maaf saja mungkin tidak mencukupi.

Ada baiknya Hot FM melihat ke mana hala tuju mereka dan menilai kembali kontrak KJ serta-merta.

Seterusnya kata rakan itu lagi, ini bukannya ugutan tapi suatu “rundingan sosial” dan sekiranya Hot FM enggan buka mata pun tidak mengapa kerana pendengar pun boleh buat pilihan sendiri.

#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan

Hot FM faham tak semua ini?

Related Posts

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara? Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

KITA telah berbicara tentang seorang negarawan yang tidak pernah benar-benar menjauh daripada rakyat. Negarawan yang memahami politik bukan sekadar sebagai permainan kuasa, tetapi sebagai perjalanan panjang yang dibentuk oleh pengalaman.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan