RM46,000 geran diagih kepada masjid dan surau di DUN Tellian

MUKAH — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine meneruskan program Ziarah Ramadan di sekitar kawasan Tellian pada Jumaat dengan mengagihkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM46,000 kepada beberapa masjid dan surau.

Program yang berlangsung dari jam 2.40 petang hingga 6 petang itu bertujuan membantu pihak pengurusan masjid dan surau melaksanakan aktiviti pengimarahan sepanjang bulan Ramadan bersama komuniti setempat.

Antara rumah ibadat yang menerima geran ialah Masjid Nurul Huda Kampung Judan dan Masjid Darul Falah Kampung Penat yang masing-masing menerima RM5,000.

Sementara itu, tujuh buah surau lain masing-masing menerima geran RM3,000 antaranya ialah Surau Nurul Hikmah Kampung Judan Hilir, Surau Darul Hikmah Kampung Petanak Hilir, Surau Darul Iman Kampung Petanak Tengah, Surau Darul Taqwa Kampung Tellian Laut serta Surau Nurul Hidayah Kampung Tellian Laut.

Menurut Royston, sebelum ini geran bagi aktiviti Ramadan turut diserahkan kepada tiga buah masjid utama di Mukah iaitu Masjid Setia Raja, Masjid Jamek Mukah dan Masjid Kuala Lama dengan peruntukan masing-masing berjumlah RM5,000.

“Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah diagihkan bagi tujuan pengimarahan Ramadan tahun ini adalah sebanyak RM46,000 dan diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid dan surau,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai sesi ziarah yang turut disertai Ahli Majlis Daerah Mukah, Cr Shazwan Seun serta pengerusi masjid dan surau yang terlibat.

Royston turut berharap sumbangan tersebut dapat membantu memperkasa pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman