Malaysia-China komited pastikan sekuriti makanan kedua-dua negara – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited memainkan peranan sebagai fasilitator dalam aktiviti ekonomi antara Malaysia dan China supaya ia terus berkembang terutama dalam bidang pertanian demi menjamin sekuriti makanan kedua-dua negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu buat pertama kalinya juga berkongsi tentang penganjuran Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 di mana MAHA buat pertama kalinya ke peringkat antarabangsa.

“Malam ini tadi, saya dijemput ke Global Valley, Pastoral City: International Business Promotion Conference yang diadakan di Malaysia Exhibition Convention Centre, Matrade, Kuala Lumpur.

“Sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, saya akan pastikan Kementerian terus memainkan peranan sebagai fasilitator dalam aktiviti ekonomi antara Malaysia dan China supaya ianya terus berkembang terutama dalam bidang pertanian demi menjamin sekuriti makanan kedua-dua negara.

“Saya turut berkongsi tentang penganjuran MAHA 2024 di mana MAHA buat pertama kalinya ke peringkat antarabangsa. KPKM telah menjemput semua rakan kongsi di peringkat antarabangsa termasuk sektor swasta, untuk menyertai himpunan dan pameran penting ini di bawah “MAHA Go Global” (MGG),” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Menurut Mohamad, MAHA Go Global berfungsi sebagai pemangkin pertumbuhan perniagaan dalam sektor pertanian dan hortikultur, merangsang eksport, dan memupuk inovasi.

Jelas beliau lagi, istilah “Go” dalam MGG merangkumi aspirasi KPKM untuk memartabatkan MAHA ke tahap baharu dengan meneroka peluang dan memupuk kerjasama pada skala antarabangsa.

“KPKM menjangkakan sebanyak 464 mesyuarat perniagaan akan berlangsung melibatkan 150 pempamer antarabangsa dari 15 negara yang boleh menjana sehingga RM167 juta jualan dan RM6 bilion potensi pelaburan.

“Saya turut menjemput semua yang hadir pada majlis malam ini ke MAHA 2024 yang akan bermula 11 September hingga 22 September 2024 di MAEPS, Serdang,” ujar beliau.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI