Seorang anak Tun Daim setuju bantu SPRM, tiga lagi sedang dikesan

PUTRAJAYA – Seorang daripada empat anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin bersetuju untuk membantu siasatan berhubung Op Godfather.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, anak lelaki Allahyarham, Md. Wira Dani, 48, telah menghubungi pihaknya baru-baru ini bagi membantu siasatan kes itu.

“Bagaimanapun, keberadaan tiga lagi anak bekas Menteri Kewangan itu masih belum diketahui. Setakat ini hanya seorang daripada anak Allahyarham Tun Daim telah menghubungi kami,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, pada Rabu.

Azam berkata, SPRM mahu peguam bagi ketiga-tiga individu itu segera menghubungi mereka dan seterusnya hadir ke pejabat SPRM secepat mungkin.

Menurut beliau, ketika ini, siasatan Op Godfather itu turut melibatkan pengesanan harta dan aset di beberapa negara yang dipercayai bernilai berbilion ringgit.

“Kami mempunyai senarai harta-harta di beberapa negara. Saya tidak mahu menyebut negara-negara berkenaan dan juga jumlahnya, tetapi ia berbillion ringgit yang telah kami kesan.

“Bahagian Operasi Khas SPRM kini sedang menjalinkan kerjasama dan perbincangan dengan pihak berkuasa negara-negara terlibat.

“Segala tindakan yang diambil perlu mematuhi undang-undang negara terlibat menerusi kerjasama perundangan bersama atau Mutual Legal Assistance (MLA),” katanya.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan mengeluarkan Notis Kesan Individu terhadap empat anak Daim selepas mereka gagal memberi maklum balas terhadap dua notis rasmi.

Keempat-empat individu ter­­babit ialah Asnida, 65; Md. Wira Dani, 48; Muhammed Amir Zai­­nuddin, 31 dan Muhammed Amin Zainuddin, 28.

Kesemua individu terbabit dipercayai kini berada di luar ne­gara dan diperlukan bagi mem­bantu siasatan di bawah Seksyen 36 (1) (b) Akta SPRM 2009.

Peruntukan itu memberi kua­­sa kepada SPRM untuk me­nga­rahkan mana-mana individu meng­isytiharkan segala aset yang dimiliki bagi tujuan siasatan.

SPRM menerusi kenyataan me­maklumkan, Asnida mempunyai alamat terakhir di Country Heights, Kajang Selangor ma­nakala Md. Wira Dani ber­alamat terakhir di Taman Melawati, Ulu Klang.

Sementara Muhammad Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin mempunyai ala­mat terakhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Related Posts

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, pada Rabu atas tuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abdul Azeez masih dalam tahanan walaupun dibenar ikat jamin RM450,000

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kekal dalam tahanan polis sehingga esok walaupun Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan ikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter