SPRM buka dua kertas siasatan membabitkan UKM

PUTRAJAYA – Dua kertas siasatan telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 membabitkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah membuka dua kertas siasatan bagi menyiasat isu tatakelola dan ketidakaturan pengurusan kewangan.

Beliau berkata, siasatan telah dimulakan dan pihaknya akan mendapatkan kerjasama daripada UKM bagi melengkapkan siasatan.

“Kita sudah memulakan siasatan dan sedang mendapatkan kerjasama daripada UKM untuk kita meneruskan siasatan. Dua kertas siasatan sudah dibuka dalam hal ini.

“Siasatan memfokuskan kepada isu program pengambilan pelajar melalui koperasi tanpa dikesan tidak mendapat kelulusan ahli lembaga pengarah dan isu tuntutan palsu oleh ejen pengambilan pelajar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azam berkata, setakat ini, tiada mana-mana saksi dipanggil dalam siasatan kes itu dan pihaknya akan mendapatkan dokumen penting daripada UKM bagi tujuan penyiasatan.

“Buat masa ini, kita belum memanggil mana-mana individu bagi membantu siasatan. Hasil penelitian mendapati kedua-dua isu itu dilaporkan berlaku kira-kira empat tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, LKAN 1/2026 mendedahkan berlaku ketidakaturan serius dalam pengurusan kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan di UKM bagi tahun kewangan 2024.

Laporan itu menyebut, kutipan hasil yuran keseluruhan pelajar bagi program SPEND dan DPLI berjumlah RM60.77 juta namun, UKM hanya merekodkan kutipan RM2.43 juta, manakala RM50.74 juta pula dikutip melalui koperasi selain RM7.60 juta masih belum diterima.

Laporan itu juga mendedahkan kutipan yuran pelajar berjumlah RM50.74 juta itu tidak mendapat kelulusan Menteri Kewangan. Audit mendapati turut wujud konflik kepentingan apabila lima pegawai UKM memegang jawatan penting dalam koperasi berkenaan.

Related Posts

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, pada Rabu atas tuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abdul Azeez masih dalam tahanan walaupun dibenar ikat jamin RM450,000

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kekal dalam tahanan polis sehingga esok walaupun Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan ikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Abdul Azeez masih dalam tahanan walaupun dibenar ikat jamin RM450,000

Abdul Azeez masih dalam tahanan walaupun dibenar ikat jamin RM450,000