Pemandu lori beras maut dalam kemalangan tiga kenderaan

TANJUNG MALIM – Seorang pemandu lori yang membawa muatan beras maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di Kilometer 378.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini, petang Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dan BBP Tanjung Malim bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Hasil penilaian awal mendapati kemalangan melibatkan tiga buah lori iaitu lori tiga tan jenis Isuzu yang membawa muatan beras, sebuah lori treler jenis Volvo membawa gulungan besi dan sebuah lori jenis Nissan UD yang membawa barangan terpakai.

“Seorang mangsa lelaki berusia 24 tahun yang memandu lori Isuzu didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa iaitu kelindan lelaki berusia 64 tahun mengalami kecederaan, manakala tiga lagi lelaki terdiri daripada dua pemandu lori dan seorang kelindan turut cedera dalam insiden tersebut.

Menurut Sabarodzi, operasi penyelamatan dijalankan dengan mengaplikasikan konsep ‘Saver’ selepas komander operasi membuat penilaian risiko di lokasi kejadian.

“Anggota bomba menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Tiga mangsa yang cedera pula diserahkan kepada petugas KKM untuk rawatan susulan,” katanya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Zaimeer Zulkiflei itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.58 petang selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Related Posts

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

PUTATAN – Tiga program berprestij yang dilaksanakan secara serentak oleh SMK Outstanding menjadi platform memperkasa potensi pelajar dalam bidang sains dan teknologi, keusahawanan serta aktiviti kemasyarakatan. Menteri Kerja Raya Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga tahun setengah DAP dalam Kerajaan Perpaduan, wajar pertimbang hala tuju seterusnya

Tiga tahun setengah DAP dalam Kerajaan Perpaduan, wajar pertimbang hala tuju seterusnya

Aminuddin terima tuntutan enam cabang, sedia bertanggungjawab kekalahan PKR Negeri Sembilan

Aminuddin terima tuntutan enam cabang, sedia bertanggungjawab kekalahan PKR Negeri Sembilan

Jawatan parti tak boleh dijadikan tiket calon pilihan raya – Zaliha

Jawatan parti tak boleh dijadikan tiket calon pilihan raya – Zaliha

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR