Warga Malaysia maut helikopter mendarat cemas di Filipina

KUALA LUMPUR – Seorang warga Malaysia maut manakala seorang lagi cedera apabila helikopter membawa lima individu terlibat dalam nahas di Pililla, Wilayah Rizal, Filipina pada pagi semalam.

Kemalangan itu turut mengorbankan nyawa seorang penumpang warga Filipina selepas helikopter jenis Bell 505 terbabit dilaporkan melakukan pendaratan cemas di kawasan tanah kosong kira-kira jam 7.27 pagi.

Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Abdul Malik Melvin Castelino mengesahkan identiti mangsa yang maut telah dikenal pasti dan waris mangsa juga telah dimaklumkan.

“Pihak kedutaan sedang memberikan bantuan konsular kepada waris mangsa dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan urusan konsular yang diperlukan,” katanya kepada Bernama.

Abdul Malik memaklumkan warga Malaysia yang cedera kini sedang menerima rawatan di hospital.

“Pegawai kedutaan juga telah melawat mangsa yang cedera bagi memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, Agensi Berita Filipina melaporkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) sedang menyiasat insiden yang melibatkan pendaratan cemas helikopter Bell 505 itu yang dalam penerbangan dari Manila ke Wilayah Quezon.

“Lembaga Siasatan dan Pertanyaan Kemalangan Pesawat CAAP sedang menjalankan siasatan. Butiran lanjut akan dimaklumkan sebaik sahaja tersedia,” menurut agensi itu.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014