Masjid UMS Sandakan siap, mampu tampung 1,000 jemaah

SANDAKAN – Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan yang mula dibina pada 11 Januari 2023 kini siap sepenuhnya dan mampu menampung sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Abd Rahman Dahlan berkata, walaupun projek berkenaan melalui fasa pembinaan yang mencabar, ia berjaya direalisasikan hasil semangat kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Projek pembinaan masjid itu menelan kos hampir RM5 juta dan dilaksanakan menerusi tadbir urus yang baik antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UMS bagi memastikan hab pendidikan di Batu 10 Sungai Batang mempunyai kemudahan ibadah yang selesa dan kondusif.

“Pembinaan Masjid UMS Sandakan ini signifikan dan tepat pada masanya memandangkan Pusat Islam Sandakan milik kerajaan negeri turut dibina di Kampung (kg) Sungai Kayu.

“Ia membuka peluang kerjasama antara UMS dan kerajaan negeri dalam aspek perkongsian ilmu, pemindahan pengetahuan, memperkukuhkan aktiviti penyelidikan serta khidmat sosial yang akhirnya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sabah, khususnya penduduk Sandakan,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Perasmian Masjid UMS Sandakan dan Iftar Perdana UMS Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, di Masjid UMS Sandakan, di sini, pada Selasa.

Sementara itu, Abd Rahman berkata, pembinaan masjid berkenaan turut menjadi bukti impak cetusan idea Musa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah bagi membangunkan Hab Pendidikan di Batu 10, Sandakan.

“UMS melalui Pusat Islamnya turut dilantik sebagai ejen pungutan dan agihan zakat bagi Majlis Ugama Islam Sabah.

“Menerusi pelantikan ini, pelbagai manfaat diperoleh warga UMS sama ada pelajar mahupun kakitangan termasuk elaun sara hidup, penyelesaian yuran pengajian, bantuan Ramadan dan Aidilfitri serta bantuan lain yang berkaitan,” ujarnya.

Dalam ucapanya, Abd Rahman turut menjunjung kasih atas kesudian TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menghadiri majlis berkenaan dan merasmikan Masjid UMS Sandakan yang disifatkan sebagai simbol penyatuan antara institusi pendidikan, kerajaan negeri dan masyarakat setempat.

Tambahnya, dengan beroperasinya masjid tersebut, ia diharap menjadi jambatan yang menghubungkan UMS dengan kerajaan negeri serta penduduk sekitar Batu 10 Sungai Batang dalam memastikan syiar Islam terus subur, sekali gus menjadi mercu tanda baharu bandar Sandakan.

  • Related Posts

    PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

    KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

    PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

    Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

    Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

    Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

    Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

    Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

    Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

    Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

    Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

    Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

    Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET