19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

IPOH – Lebihan hampir 19,000 tempat bagi kemasukan Tahun Satu di Perak mencerminkan kapasiti sekolah di negeri ini masih berada pada tahap selesa dan mampu menampung keperluan murid bagi sesi persekolahan akan datang.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, unjuran dibuat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menunjukkan jumlah kapasiti penempatan Tahun Satu mencecah 49,499 tempat di seluruh negeri.

Menurutnya, setakat tarikh tutup permohonan pada 31 Mac lalu, sebanyak 4,283 permohonan diterima bagi murid berusia 6 tahun, dengan daerah Kinta Utara merekodkan jumlah tertinggi iaitu 1,595 permohonan.

“Bagi kumpulan murid yang akan berusia 7 tahun pula, permohonan yang direkodkan adalah seramai 25,027 orang.

“Ini menjadikan keseluruhan permohonan setakat ini berjumlah 29,310 murid di seluruh Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Rosli Abd Rahman (PN-Pasir Panjang) sempena Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Jumaat.

Jelasnya, perbandingan antara jumlah permohonan semasa dengan kapasiti penempatan menunjukkan masih terdapat lebihan tempat yang ketara, sekali gus mengesahkan kesiapsiagaan sistem pendidikan negeri dalam menampung kemasukan murid.

Dalam perkembangan sama, Khairudin memaklumkan permohonan kemasukan secara dalam talian akan dibuka semula bermula 1 Mei hingga 15 November ini, dengan angka permohonan dijangka terus meningkat sepanjang tempoh tersebut.

Tambah beliau, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) sekitar Jun atau Julai setiap tahun bagi menyelaras keperluan semasa.

“Melalui proses itu, aspek penyediaan kemudahan seperti kerusi, meja, buku teks serta keperluan guru akan ditentukan bagi memastikan kelancaran sesi persekolahan 2027,” katanya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

KANGAR – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung minggu depan ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan ditetapkan kelak. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka