Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

CYBERJAYA – Semua murid perlu dididik secara pragmatik untuk menjaga kebersihan termasuk membersihkan tandas di sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amalan itu tidak wajar dipertikaikan kerana ia boleh dilakukan oleh murid tanpa perlu mengira latar belakang keluarga dan kelas dalam masyarakat.

Menurut beliau, amalan sedemikian penting untuk membentuk disiplin dan tidak wajar dipertikaikan, selain menolak tanggapan bahawa ia membebankan.

“Tapi saya faham ada juga segelintir ibu bapa yang membantah perkara itu di media sosial. Jadi saya nak bagi nasihatlah, semua anak-anak kita ini tanpa kecuali, bukan golongan bangsawan semua.

“Semua kita dalam tanggungjawab, tandas kita guna dan kita perlu bersihkan ya,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya, pada Jumaat.

Anwar berkata, beliau menyifatkan tugas itu bukan sesuatu yang rumit untuk dilakukan dan mahu semua ibu bapa memberi kerjasama sekali gus melatih anak-anak dalam menilai semua tugas dan kerja.

“Tugas membersihkan tandas sebenarnya bukan kerja hakiki tukang cuci. Jangan dianggap itu kerja tukang cuci, tukang bersihkan, jadi seolah-olah dia macam mengesahkan ada kelas dalam masyarakat,” katanya.

Anwar sebelum ini mengarahkan semua sekolah menyediakan jadual mencuci tandas melibatkan pelajar sekolah dalam memastikan kebersihan tandas sekolah di negara ini. 

Beliau dilaporkan berkata, jadual itu perlu dimulakan secepat mungkin melibatkan semua pelajar sekolah bagi memastikan kebersihan tandas dan melatih mereka dalam membentuk jati diri mereka. 

Bagaimanapun, arahan itu tidak mendapat respons yang baik dalam kalangan segelintir ibu bapa yang menyifatkan ia menyusahkan anak-anak dan ada berpandangan murid ke sekolah untuk belajar bukan mencuci tandas.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka