Sentimen kaum jadi ‘duri dalam daging’ dalam membina negara bertamadun

KUALA LUMPUR – Politik berasaskan sentimen kaum dan ketakutan yang berakar sejak lebih enam dekad lalu disifatkan sebagai ‘duri dalam daging’ dalam usaha membina negara bangsa yang matang.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, meskipun pendekatan tersebut menjadi sebahagian daripada sejarah politik negara, Malaysia kini perlu berani keluar daripada kerangka lama jika mahu bergerak ke hadapan.

Beliau berpandangan, hakikat asas kepada pembentukan Malaysia ialah kepelbagaian dan pengurusan kepelbagaian bangsa dan agama oleh kepimpinan terdahulu itu sendiri adalah kekuatan Malaysia.

“Harap tidak keterlaluan inilah ajaran khurafat yang berakar umbi, sudah menjadi kebiasaan. Selama lebih 60 tahun, naratif berasaskan sentimen itu menjadi kebiasaan yang menjadi duri dalam daging dalam konteks membina negara. Tetapi kita perlu akui, jika terus terperangkap di situ, sukar untuk membina masa depan yang lebih stabil.

“Suatu perkara perlu terima hakikat adalah bagaimana kita bermula iaitu dengan kepelbagaian, negara ini bermula dengan bagaimana perbezaan etnik msayarakat dan budaya resam itu dibentuk namun dinamika kita lebih besar daripada itu. Jangan kita lupa, sebelum kemerdekaan wilayah-wilayah di Tanah Melayu dipisahkan oleh struktur kolonial seperti Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu. 

“Proses penyatuan hanya berlaku selepas rundingan kemerdekaan dan pembentukan Perlembagaan melalui Suruhanjaya Reid yang akhirnya melahirkan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia.,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara yang bersiaran secara langsung di Bernama TV, pada Khamis.

Beliau turut mengingatkan bahawa Tanah Melayu sejak era Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai pusat pertembungan tamadun yang menyatukan Timur dan Barat, membina jaringan perdagangan dan hubungan sosial yang inklusif.

“Dari konteks Tanah Melayu, Cina ke India, mereka sudah ada di tanah Jawi sejak kurun ke-15 dan kita terkenal dengan sikap budimannya. Sejarah menunjukkan kita mampu hidup dalam kepelbagaian. Kalau tiada budaya permuafakatan, mustahil kemerdekaan dapat dicapai,” katanya.

Mengulas cabaran semasa, Ismail menegaskan, ekosistem baharu yang sedang dihadapi negara menuntut perubahan pendekatan komunikasi dan politik, walaupun budaya dominasi sesuatu kelompok tidak mudah untuk diubah kepada budaya kesepakatan.

Beliau berpendapat, dalam era digital, algoritma media sosial bergerak lebih pantas daripada fakta, sekali gus memerlukan pendekatan komunikasi strategik yang lebih segar dan berkesan, sama ada di peringkat kerajaan mahupun agensi berkaitan.

“Kestabilan negara tidak boleh disalah tafsir sebagai anti-demokrasi kerana itulah yang menghidupkan kestabilan kerana ia dibingkai dengan sistematik dan matang.

“Membangun Malaysia MADANI ada sejarah kenegaraan, dibingkai berdasarkan kerangka perlembanggan dan idealism Rukun Negara. Itu bagi saya kompas pandu arah kita untuk bergerak menuju ke hadapan,” katanya.

  • Related Posts

    Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

    CYBERJAYA – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

    CYBERJAYA – Kerajaan kemungkinan akan melaksanakan pemotongan gaji terhadap menteri sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih teruk dan runcing. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini, gaji…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

    Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

    Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

    Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

    Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

    Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

    Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

    Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

    Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

    Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

    Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

    Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil