Umat Islam wajar hindar jadi masyarakat ‘mati rasa’

KUANTAN – Sikap membisu setiap kali maruah agama Islam diperlekehkan tidak seharusnya berlaku, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari.

Sebaliknya, apabila insiden membabitkan penghinaan kepada agama Islam dan kitab suci al-Quran dilakukan oleh mana-mana pihak, ia membuatkan kita terasa seperti menerima ‘satu tamparan yang hebat’.

“Sikap berdiam diri terhadap tindakan melampau seperti memijak dan menghina al-Quran seolah-olah menunjukkan agama Islam tidak lagi mempunyai nilai di dalam hati penganutnya.

“Ini adalah sesuatu yang malang sedangkan kita sebagai umat Islam sepatutnya bangkit mempertahankan kesucian agama yang amat kita sayangi,” katanya kepada The Malaysia Press.

Beliau berkata demikian ketika diminta berkongsi pandangan susulan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menegur keras insiden penghinaan al-Quran seperti dilaporkan berlaku baru-baru ini.

Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan umat Islam agar tidak menjadi masyarakat yang ‘mati rasa’ apabila agama suci mereka diperlekehkan.

Titah Al-Sultan Abdullah itu dizahirkan baginda sempena majlis perasmian dan pemasyhuran Masjid Tengku Ampuan Tunku Azizah Aminah Maimunah Al Iskandariah di Jengka 19, dekat Maran, petang semalam.

Tamparan Buya Hamka Buat Umat Islam

Ahmad Irshadi yang juga pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, dekat Pekan, memaklumkan, dalam titah yang penuh emosi dan pengajaran itu, Al-Sultan Abdullah turut memetik pesanan keramat ulama tersohor Nusantara, Buya Hamka.

“Jika agama Islam dihina lalu kamu diam, maka lebih baik kamu menukar pakaianmu dengan kain kapan.” – Buya Hamka

Baginda menegaskan, kata-kata tersebut seharusnya menjadi satu tamparan hebat kepada jiwa setiap Muslim.

Ketegasan Berlandaskan Adab dan Undang-Undang

Sebagaimana titah Sultan Pahang, ujar Ahmad Irshadi lagi, tugas mempertahankan kesucian Islam tidak seharusnya dilakukan dengan emosi yang liar.

“Pihak berkuasa mesti mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pelaku penghinaan agama agar ia tidak terus berulang.

“Manakala umat Islam pula perlu tegas dan berani, namun tetap perlu mematuhi lunas undang-undang serta menjaga adab seperti diajarkan agama Islam,” jelasnya.

Beliau juga memberitahu, umat Islam wajar melakukan muhasabah diri dan memperbaiki hubungan dengan Allah.

“Tuanku Sultan Pahang juga menegur sikap sebilangan umat yang bangkit marah apabila naskhah fizikal al-Quran dihina, namun membiarkan al-Quran di rumah sendiri berhabuk tanpa dibaca dan difahami isi kandungannya.

“Hakikatnya, al-Quran tidak akan hina jika umatnya sendiri memuliakannya… dan titah baginda ini sangat tepat dan realistik dengan menaruh harapan supaya umat Islam kembali membudayakan al-Quran dalam kehidupan harian mereka,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai