Pembangkang tidak profesional tolak RUU had tempoh jawatan PM

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, menyifatkan tindakan pembangkang menolak Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) bagi mengehadkan tempoh maksimum jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun di Parlimen semalam sebagai tidak profesional dan tidak berteraskan kepentingan rakyat.

Beliau berkata, pindaan itu jelas bertujuan memperkukuh institusi negara serta mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa pada masa hadapan, namun tidak mendapat sokongan daripada blok pembangkang.

“Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat apabila mereka tidak menyokong reformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan dan Perdana Menteri?

“Pada hemat saya, mereka sendiri tidak menyedari bahawa mesej yang dihantar itu tidak tepat,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Selasa.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, tindakan berkenaan memperlihatkan pembangkang gagal membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk, sebaliknya cenderung menolak sesuatu dasar hanya kerana ia dibentangkan oleh kerajaan.

Katanya, sekiranya sesuatu cadangan itu tidak memberi manfaat kepada negara, penolakan boleh difahami, namun dalam isu mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, ia merupakan langkah reformasi institusi yang lama dibahaskan dan mempunyai nilai positif kepada sistem demokrasi negara.

Beliau turut berpandangan perlu ada tindakan disiplin terhadap dua Ahli Parlimen daripada blok kerajaan iaitu Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan yang tidak hadir ke sesi berkenaan itu disifatkan sebagai tidak adil dan boleh dianggap sebagai sabotaj terhadap kerajaan.

“Langkah mengehadkan tempoh maksimum Perdana Menteri diyakini mampu mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Secara keseluruhan, perubahan terhadap kedudukan Perdana Menteri membawa pelbagai manfaat kepada negara,” katanya.

Lokman berkata, apa yang berlaku membuktikan dakwaan pembangkang sebelum ini berhubung isu pengekalan kuasa hanyalah retorik, apabila mereka sendiri menolak pindaan yang bertujuan mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri.

Beliau menegaskan peranan pembangkang sepatutnya bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kerajaan, bukannya menolak segala cadangan tanpa menilai manfaatnya kepada rakyat dan negara.

“Jika kerajaan benar-benar komited melaksanakan sesuatu yang baik demi kepentingan negara, pembangkang sewajarnya memberikan sokongan. Namun, jika perkara yang baik pun ditolak, rakyat perlu menilai sendiri kualiti pembangkang di negara ini,” katanya.

Mengulas menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), beliau berharap pengundi membuat pertimbangan secara rasional dan tidak terpengaruh dengan tohmahan tidak berasas.

Katanya, negara kini berada pada landasan pertumbuhan ekonomi yang baik, peluang pekerjaan semakin meningkat dan kadar jenayah menunjukkan penurunan, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kestabilan serta kemajuan negara terus terpelihara.

Terdahulu, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang bertujuan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun tidak berjaya diluluskan selepas gagal memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.


Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, sejurus selesai sesi penggulungan dan perbahasan yang menyaksikan penyertaan 41 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan serta pembangkang.


Beliau memaklumkan jumlah undi yang menyokong rang undang-undang berkenaan tidak mencapai ambang dua pertiga seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan sesuatu pindaan diluluskan.

Related Posts

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

KUALA LUMPUR – Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta menggantikannya dengan akta baharu disifatkan sebagai langkah positif yang mampu membuka ruang demokrasi lebih luas kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM