Peruntukan RM100,000 pacu pembangunan awal kanak-kanak di Kudat

KUDAT – Sebanyak RM100,000 diperuntukkan untuk Pembangunan Tadika Grace Kids di Kudat bagi memperkukuhkan lagi pendidikan awal kanak-kanak di bawah Lembaga Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PCS).

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR), Datuk Julita Majungki yang diwakili oleh Setiausaha Politiknya, Marius Masain berkata, pendidikan awal memainkan peranan penting dalam membentuk asas perkembangan seseorang kanak-kanak.

“Peruntukan ini akan membantu mempercepatkan proses pembinaan serta memastikan penyediaan kemudahan pembelajaran yang selamat dan kondusif untuk kanak-kanak di bawah PCS.

“Pelaburan pada peringkat pendidikan awal bukan sekadar mengenai pembinaan bangunan, tetapi tentang mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif agar kanak-kanak dapat memulakan perjalanan pembelajaran mereka dengan penuh keyakinan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Julita yang juga ADUN Matunggong berkata, peruntukan tersebut mencerminkan usaha berterusan untuk mengutamakan akses kepada peluang pendidikan awal yang berkualiti dalam komuniti.

Sebagai rekod, Majlis Pecah Tanah dan Pemberkatan Tapak projek Tadika Grace Kids di Batu 2, Kudat, pada 27 Februari lalu.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai