Hanifah agih 600 pek bubur lambuk, duit raya di Balingian

MUKAH – Sambutan Ramadan di Balingian bertambah meriah apabila Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib mengagihkan 600 pek bubur lambuk kepada komuniti setempat semalam.

“Agihan bubur lambuk itu diagihkan secara simbolik kepada wakil-wakil Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK), selain diedarkan terus kepada peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Anjung Selera Balingian”, ujar Hanifah.

Turut hadir ialah ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi dan Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias.

Dalam majlis sama, Hanifah turut menyampaikan Sumbangan Kasih Ramadan kepada 25 penerima, berupa bakul makanan bernilai RM100 dan duit raya RM100 bagi meringankan beban golongan memerlukan menjelang Syawal.

Beliau berkata, program seperti ini bukan sahaja bertujuan membantu komuniti, tetapi juga mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat.

“Agihan bubur lambuk ini adalah simbolik semangat Ramadan, di mana kita berkongsi rezeki dan memastikan semua penduduk dapat merasai kemeriahan bulan yang mulia ini,” katanya lagi.

Program berkenaan mencerminkan keprihatinan berterusan pihak kerajaan dan pemimpin tempatan dalam menyantuni komuniti sepanjang Ramadan, sambil mengekalkan tradisi berkongsi rezeki dengan rakyat.

Related Posts

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneruskan agenda pembasmian kemiskinan menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dengan memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan pencapaian sifar miskin tegar negeri. EXCO Pembasmian Kemiskinan, V…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas