Iran tubuh Majlis Khas pantau peralihan kuasa

TEHRAN – Iran mengumumkan penubuhan majlis khas dianggotai Presiden Masoud Pezeshkian, ketua badan kehakiman, dan seorang ulama Majlis Pengawal bagi memantau peralihan kuasa susulan kematian Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.

Majlis itu ditubuhkan bagi memastikan pentadbiran negara terus berjalan sementara proses melantik pemimpin agung baharu dimulakan mengikut peruntukan undang-undang tertinggi negara, lapor BBC.

Dalam masa sama, Majlis Pakar Kepimpinan dianggotai golongan ulama kini memikul tanggungjawab penting memilih pengganti Khamenei sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

Namun, usaha menghimpunkan ahli majlis berkenaan dijangka berdepan cabaran keselamatan berikutan Iran sedang berada di bawah serangan ketenteraan hebat oleh Amerika Syarikat dan Israel.

Risiko serangan udara yang masih berlaku di beberapa wilayah utama menyebabkan keselamatan ahli majlis menjadi keutamaan.

Sejarah mencatatkan bahawa Khamenei dilantik memegang jawatan tersebut pada hari sama pengasas Republik Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeini meninggal dunia bagi mengelakkan kekosongan kuasa.

Bagaimanapun, situasi semasa dibayangi konflik bersenjata serta kerosakan infrastruktur awam dan strategik dilaporkan merumitkan prosedur peralihan kali ini.

Setakat ini, pihak berkuasa Tehran belum mendedahkan lokasi atau garis masa rasmi bagi mesyuarat Majlis Pakar atas faktor kerahsiaan dan keselamatan negara.

Related Posts

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James