Malaysia Airlines gantung semua penerbangan Doha, Jeddah, Madinah

PUTRAJAYA – Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan semua penerbangan ke dan dari Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) sehingga 4 Mac 2026, susulan pembatalan dilaksanakan bermula 28 Februari hingga 1 Mac 2026.

Menurut syarikat induknya, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), ini berikutan penutupan berterusan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah di tengah-tengah perkembangan keselamatan serantau yang semakin memuncak.

Bagaimanapun, katanya, penerbangan lain, termasuk ke dan dari London (LHR) dan Lapangan Terbang Charles de Gaulle (CDG) Paris, masih mengikut jadual ditetapkan.

“Semua penerbangan ini beroperasi menggunakan laluan alternatif, jauh dari zon konflik yang terjejas,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Penerbangan yang terjejas adalah seperti berikut:

MH150/1 Mac 2026 (KUL-JED) STD/STA: 05:00/14:40

MH151/1 Mac 2026 (JED-KUL) STD/STA: 16:10/01:10

MH156/1 & 3 Mac 2026 (KUL-JED) STD/STA: 11:00/20:40

MH157/1 & 3 Mac 2026 (JED-KUL) STD/STA: 22:10/07:10

MH160/1 – 4 March 2026 (KUL-DOH) STD/STA: 12:45/20:40

MH161/1 – 4 Mac 2026 (DOH-KUL) STD/STA: 22:30/06:05

MH164/1 – 4 Mac 2026 (KUL-DOH) STD/STA: 18:30/02:15

MH165/1 – 4 Mac 2026 (DOH-KUL) STD/STA: 05:10/12:50

MH6126/1 Mac 2026 (KUL-DOH) STD/STA: 17:35/01:15

MH6126/1 Mac 2026 (DOH-AMS) STD/STA: 02:15/10:05

MH6127/1 Mac 2026 (AMS-DOH) STD/STA: 12:40/19:30

MH6127/1 Mac 2026 (DOH-KUL) STD/STA: 20:30/04:00

MH150/2 Mac 2026 (KUL-JED) STD/STA: 05:50/15:30

MH155/2 Mac 2026 (JED-JHB) STD/STA: 17:00-02:05

MH162/2 Mac 2026 (JHB-MED) STD/STA: 03:35/13:20

MH153/2 Mac 2026 (MED-KUL) STD/STA: 14:40/23:35

MH158/2 Mac 2026 (KUL-MED) STD/STA: 07:35/16:50

MH159/2 Mac 2026 (MED-KUL) STD/STA: 18:30/03:15

MH152/4 Mac 2026 (KUL-MED) STD/STA: 02:15/11:45

MH153/4 Mac 2026 (MED-KUL) STD/STA: 13:05/22:00

MAG berkata, penumpang sedang dimaklumkan dan diberi bantuan dengan pengurusan perjalanan alternatif sekiranya diperlukan.

“Penerbangan ke destinasi terjejas akan terus digantung sementara menunggu penilaian lanjut mengenai situasi keselamatan.

“Penumpang juga dinasihatkan untuk mengemas kini butiran perhubungan mereka menerusi ‘My Booking’ bagi mendapatkan maklumat terkini yang tepat pada masanya,” katanya.

Bantuan turut disediakan melalui sokongan Sembang Langsung di laman web, atau hubungi pusat hubungan global Malaysia Airlines di talian 1 300 88 3000 (di dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia).

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET