Mayat lelaki ditemukan terapung di sungai Kalansanan, tiada unsur jenayah

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di tepi Sungai Kalansanan, Kampung Kalansanan, Inanam, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.27 pagi.

“Panggilan tersebut dibuat oleh seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang memaklumkan penemuan satu mayat dalam keadaan terapung di tepi sungai berhampiran jalan pintas menuju ke Ujana Kingfisher.

“Sejurus menerima maklumat, pasukan polis yang berada berhampiran telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut,” ujarnya dalam satu kenyataan media, di sini pada Ahad.

Menurut Kasim, siasatan awal mendapati mayat seorang lelaki berada kira-kira 30 meter dari jalan utama di tepi Sungai Kalansanan.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu bersama Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau tanda-tanda perbuatan jenayah pada tubuh si mati,” kongsinya.

Tambah Kasim, identiti mangsa telah dikenal pasti sebagai lelaki berstatus Pemastautin Tetap (pemegang Kad Pengenalan MyPR) berusia 34 tahun.

Setakat ini, pihak polis memaklumkan tiada unsur jenayah dikesan di tempat kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk tujuan bedah siasat bagi menentukan punca kematian secara rasmi,” jelasnya.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menyalurkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam