Hanifah santuni pesakit, edar sumbangan Kasih Ramadan di KK Medong

DALAT – Keprihatinan terhadap golongan memerlukan terus dizahirkan apabila Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyantuni pesakit di Klinik Kesihatan Medong bersempena kemuliaan bulan Ramadan pada Sabtu.

Ahli Parlimen Mukah itu berkata, lawatan berkenaan merupakan sebahagian daripada siri lawatan kerjanya bagi meninjau fasiliti perubatan, selepas melawat Klinik Kesihatan Kuala Oya sebelum ini.

Pada majlis tersebut, Hanifah menyempurnakan penyerahan ‘Sumbangan Kasih Ramadan’ kepada 10 pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

“Setiap penerima mendapat sumbangan wang tunai sebanyak RM200 serta bakul makanan bernilai RM100.

“Kita berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka, terutama dalam membuat persiapan menjelang sambutan Syawal tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan pihaknya dalam menjaga kebajikan pesakit dan golongan yang memerlukan di kawasan Parlimen Mukah.

Jelas beliau, pemantauan secara terus dan bersemuka adalah kunci untuk merasai sendiri denyut nadi rakyat.

“Pendekatan turun padang seperti ini amat penting bagi memastikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memahami keperluan rakyat, khususnya dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan komuniti,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut meluangkan masa meninjau operasi serta perkhidmatan kesihatan di klinik berkenaan bagi memastikan penduduk luar bandar mendapat kemudahan rawatan pada tahap terbaik.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam