Rakyat Malaysia di Qatar mula rasa ‘tak senang duduk’

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang menetap di Doha, Qatar, mula dihimpit kebimbangan melampau meskipun pihak berkuasa belum mengeluarkan perintah berkurung susulan serangan ketenteraan ke atas Iran yang semakin meruncing.

Serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran sejak semalam dijangka bertambah teruk susulan pengumuman AS bahawa ‘pengeboman besar-besaran bakal menyusul’.

Lewat malam tadi, keadaan dilaporkan tenang, namun perkembangan terbaharu menunjukkan kesan konflik mula dirasai apabila gegaran kuat akibat letupan dilaporkan menjejaskan kawasan kediaman penduduk.

Mohamad, 43, yang bekerja dalam sektor minyak dan gas di Doha, mendedahkan dia kini berada dalam keadaan trauma dan tidak dapat melelapkan mata kerana bimbang akan keselamatan keluarganya.

Menurutnya, kedudukan semakin mencemaskan apabila serpihan bom dilaporkan jatuh di kawasan kejiranan mereka, malah ada yang kena pada rumah jiran berdekatan.

“Saya benar-benar bimbang sekarang. Gegaran daripada letupan bom menyebabkan tingkap dan dinding rumah pecah.

“Kami juga dapat melihat banyak dron berlegar di ruang udara kawasan sekitar,” katanya – yang menetap di sana bersama isteri dan tiga anak – kepada Berita Harian.

Beliau yang sebelum ini memilih untuk sekadar mengehadkan pergerakan, kini mengakui keadaan tidak lagi seperti biasa dan keselamatan keluarganya menjadi keutamaan paling meruncing ketika ini.

Sementara itu, seorang juruterbang yang hanya mahu dikenali sebagai Hakim, turut berkongsi perkembangan serupa mengenai keadaan semasa di Doha.

Beliau yang menetap di sana bersama keluarga, meminta rakyat di Malaysia terus memanjatkan doa supaya ketegangan di Asia Barat Tengah itu segera berakhir.

Hakim mendedahkan bahawa beliau baru sahaja kembali ke Doha bulan lalu selepas bercuti di Malaysia, dan mengakui memilih untuk pulang lebih awal kerana bimbang akan risiko penutupan ruang udara.

Jelasnya, walaupun bekalan makanan masih mencukupi, anak-anaknya kini kekal berada di rumah bersama isteri sementara menunggu keadaan kembali stabil dan selamat untuk sebarang aktiviti luar.

Komuniti Malaysia di Qatar dilaporkan terus berkomunikasi secara aktif dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini serta arahan keselamatan sekiranya keadaan bertukar menjadi lebih buruk.

Related Posts

PM tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra bersama ribuan umat Islam yang hadir memeriahkan sambutan Aidiladha. Perdana Menteri tiba di masjid berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tradisi Aidiladha diteruskan, Vivian Wong santuni warga media Sandakan

Tradisi Aidiladha diteruskan, Vivian Wong santuni warga media Sandakan

PM tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

PM tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif