Khamenei syahid dalam serangan AS, Iran umum berkabung 40 hari

TEHRAN – Media Iran melaporkan pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, dipetik dari Al Jazeera.

Agensi berita Tasnim dan Fars mengesahkan kematian tokoh yang memainkan peranan penting dalam negara Revolusi Islam itu.

Khamenei, 86, syahid di pejabatnya ketika sedang ‘melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya’ pada awal pagi Sabtu, lapor Fars Iran.

Anak perempuan, cucu, menantu perempuan dan menantu lelaki Pemimpin Agung Iran berkenaan turut terkorban.

Susulan itu, kerajaan Iran mengisytiharkan 40 hari berkabung serta cuti umum selama tujuh hari.

Sementara itu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menyifatkan kematian Khamenei sebagai ‘kehilangan seorang pemimpin agung dan kami meratapi pemergiannya’.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa ‘kesyahidan Khamenei di tangan pengganas paling kejam dan algojo kemanusiaan adalah tanda legitimasi pemimpin agung ini serta pengiktirafan terhadap khidmat ikhlas beliau’.

IRGC menambah bahawa ‘tangan pembalasan rakyat Iran… tidak akan melepaskan mereka’ selain menyatakan pendirian akan terus ‘teguh dalam menghadapi konspirasi dalam dan luar negara’.

Khamenei mengambil alih kepimpinan Republik Islam pada 1989 selepas kematian Ayatollah Ruhollah Khomeini.

Sebelum bergelar Pemimpin Tertinggi, beliau memimpin Iran sebagai presiden ketika negara itu berdepan perang berdarah dengan Iraq pada era 1980-an.

Menurut sumber dalaman IRGC, Mojtaba Khamenei – anak lelaki Khamenei – dinamakan sebagai Pemimpin Agung Iran yang baharu.

Related Posts

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

PORT DICKSON – Kerajaan akan meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung pelaksanaan tarif perdagangan bagi memastikan kepentingan Malaysia terus terpelihara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

PORT DICKSON – Malaysia tidak akan berganjak daripada pendiriannya melarang kemasukan warga Israel ke negara ini walaupun menerima tekanan daripada beberapa anggota Kongres Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden