Anggota polis Kedah di sempadan kini wajib pakai jaket kalis peluru

ALOR SETAR – Polis Kedah mewajibkan pemakaian jaket kalis peluru kepada anggota yang bertugas di kawasan sempadan susulan insiden tembakan ke atas kenderaan komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, langkah itu diambil sebagai penambahbaikan segera bagi memastikan tahap keselamatan anggota sentiasa berada pada tahap optimum ketika menjalankan tugas.

Menurutnya, insiden yang berlaku berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam membuktikan ancaman jenayah rentas sempadan tidak boleh dipandang ringan.

“Saya dah keluarkan arahan, kita tengok ancaman yang sebegini kita wajibkan pemakaian jaket kalis peluru (anggota bertugas di Sempadan Bukit Kayu Hitam).

“Kita tidak akan gentar, kita tak akan berundur walau setapak dengan ancaman yang bagi saya cuba sebagai menakut-nakutkan. Kita akan bertindak lebih agresif bagi memastikan tiada lagi kegiatan haram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini.

Jelas Adzli, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berkenaan disebabkan ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan tindakan tegas penguatkuasa sehingga menjejaskan aktiviti penyeludupan haram yang dilakukan mereka.

Menurutnya, beberapa siri rampasan besar berjaya dilaksanakan sebelum ini termasuk rampasan 100 tan beras, rampasan kaskas babi dan mematahkan kemasukan lebih 100 migran.

“Rampasan-rampasan itu melibatkan kerugian yang banyak, ada melebihi RM1 juta jadi itu antara motif mereka untuk menakutkan dan merencatkan tindakan penguat kuasa,” ujarnya.

Pada Rabu lalu, kenderaan jenis Proton X70 dipandu Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir ditembak dua individu bermotosikal di susur masuk Masjid Muhajirin, kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.

Dua das tembakan dipercayai dilepaskan menggunakan senjata semi automatik sebelum suspek melarikan diri.

Susulan kejadian itu, seramai tujuh suspek termasuk seorang wanita warga Thailand berjaya ditahan dan direman sejak Rabu untuk membantu siasatan.

Related Posts

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Gordon sah sertai Barcelona

Gordon sah sertai Barcelona

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki