Pelajar KPTM Ipoh hayati semangat MADANI di Program Ihya’ Ramadan

IPOH – Program Ihya’ Ramadan: Belia MADANI Benteng Negara anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak mengajak belia menghayati semangat MADANI dalam mendepani cabaran semasa yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan di Dewan Kolej Poly-Tech MARA Ipoh (KPTM), di sini pada Khamis.

Program itu menjadi platform penting dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara agensi keselamatan dan institusi pendidikan, selaras aspirasi melahirkan generasi belia berjati diri, berwawasan serta berdaya tahan dalam mendepani cabaran semasa.

Majlis dimulakan dengan sesi ramah mesra antara warga MKN Perak dan para pelajar, sekali gus membuka ruang dialog dua hala yang konstruktif antara pihak keselamatan dan komuniti kampus.

Pengarah Keselamatan Negeri Perak, Mohd Zawawi Zakaria berkata, penganjuran program seumpama itu amat signifikan dalam membentuk kesedaran awal dalam kalangan belia mengenai peranan dan tanggungjawab mereka sebagai benteng negara.

Menurutnya, golongan belia merupakan aset strategik negara yang bukan sahaja menjadi pewaris kepimpinan masa depan, malah berperanan sebagai barisan hadapan dalam memastikan kestabilan, perpaduan dan keselamatan negara terus terpelihara.

“Melalui pendekatan turun padang dan sesi libat urus seperti ini, kita dapat menyemai nilai patriotisme, memperkukuh jati diri serta membina kefahaman lebih jelas mengenai isu-isu keselamatan semasa,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Turut hadir, Pengarah KPTM Ipoh, Anisa Mohd Yusoff.

Mengulas lanjut, Mohd Zawawi berkata, sesi perkongsian dan pembentangan pelajar yang diadakan turut menyentuh peranan serta tanggungjawab belia dalam mendepani pelbagai cabaran semasa termasuk ancaman keselamatan bukan tradisional.

Katanya, kupasan isu semasa yang diketengahkan memperlihatkan kematangan pemikiran dan komitmen generasi muda dalam menghayati semangat Belia MADANI sebagai benteng kukuh negara.

Program kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa sebelum diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pelajar yang berjaya menghasilkan pembentangan cemerlang.

Beliau berharap penganjuran program seumpama itu dapat diteruskan secara konsisten bagi memperkasa pembangunan sahsiah belia, khususnya dalam menyemai nilai kepimpinan, patriotisme dan tanggungjawab sosial.

“Pada masa sama, ia mampu memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan agensi keselamatan demi menjamin kesejahteraan serta keselamatan negara,” katanya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit