PMX doakan Sultan Ibrahim dikurniakan kesembuhan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Sultan Ibrahim sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

“Mendoakan semoga Sultan Ibrahim dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah Allah SWT,” katanya, pada Jumaat.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul yang dihadapi baginda.

Istana Negara dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.

“Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara yang berlangsung kelmarin,” menurut kenyataan itu.

Istana Negara turut memaklumkan majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung semalam turut ditangguhkan ke suatu tarikh lain.

Seri Paduka Baginda dijangka kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi selepas keadaan kesihatan baginda beransur pulih.

  • Related Posts

    Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

    BINTULU – Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan status Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak pada Ahad bagi menunaikan komitmen yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).   Perdana Menteri, Datuk Seri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

    BINTULU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi kejayaan rundingan bersama Presiden Rusia dan Turkmenistan yang membuahkan jaminan bekalan tenaga berterusan serta penawaran blok cari gali strategik kepada Malaysia.  …

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

    Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

    Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

    Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

    Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

    Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

    Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

    Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

    Harga diesel seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter guna MyKad

    Harga diesel seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter guna MyKad

    RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin

    RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin