Derma Ramadan disalah guna, orang ramai perlu waspada penipuan atas talian

PUTRAJAYA – Orang ramai diingatkan lebih berwaspada terhadap peningkatan kes penipuan dalam talian sepanjang Ramadan terutama membabitkan jual beli barangan Aidilfitri serta kutipan derma palsu.

Aktivis perlindungan sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, peningkatan aktiviti pembelian menjelang Aidilfitri sekali gus membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan terhadap pengguna.

Menurut beliau, pelbagai jenis penipuan wujud khususnya ketika Ramadan dengan menyasarkan individu tidak mempunyai pengetahuan mengenai jenayah dalam talian.

“Apatah lagi Ramadan bulan simbolik persiapan baju raya, biskut dan sebagainya mendorong orang ramai untuk berbelanja sewenang-wenangnya.

“Kesempatan ini boleh membuka ruang perlakuan jenayah dalam talian yang mana pesanan dibuat tetapi barang tidak sampai kepada pembeli,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Dalam pada itu, Lam Thye berkata, orang ramai juga perlu berhati-hati dengan promosi yang dilakukan atas nama jualan raya yang sering mengaburi mata pembeli sehingga terperangkap dalam jenayah penipuan dalam talian.

Beliau yang juga Pengerusi Alliance for a Safe Community memaklumkan, antara jenayah lain yang sering kali disasarkan dalam Ramadan ialah membuat kutipan derma yang kemudiannya diselewengkan.

“Akaun-akaun yang meminta derma atas nama bulan Ramadan tetapi sebenarnya ialah akaun yang menipu dan cuba mengambil kesempatan atas kebaikan hati orang Islam.

“Pelbagai cara lagi boleh dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdayakan orang yang gemar menderma. Orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan mempercayai naluri sekiranya timbul sebarang keraguan dalam sesuatu urusan.

“Jika terdapat unsur mencurigakan, jangan teruskan transaksi. Sikap berhati-hati mampu mengelakkan kita menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat itu berpendapat, Ramadan seharusnya menjadi bulan yang mendidik umat Islam supaya lebih sabar, berhemah dan bijak membuat keputusan termasuk dalam urusan digital.

“Hanya dengan meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan, kita dapat menutup ruang kepada penipu maya untuk melaksanakan modus operandi mereka,” katanya.

Related Posts

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

BANGI – Tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini, menjelang Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 5 Oktober depan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

PUTRAJAYA – Pemansuhan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak semestinya menggugat masa depan pemilikan Bumiputera dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti