Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

ASTON Villa mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara selepas menewaskan Liverpool 4-2 awal pagi tadi sekali gus menyaksikan The Reds masih berisiko terlepas aksi elit Eropah musim depan.

Ollie Watkins meledak dua gol ketika pengendali Villa, Unai Emery menerima ganjaran selepas menurunkan kesebelasan utama hanya beberapa hari sebelum final Liga Europa.

“Liga Juara-Juara, ini sesuatu yang menakjubkan,” kata Emery.

“Bersaing dalam kedua-dua pertandingan dan kekal konsisten bukan mudah. Kami mengharungi musim hebat dan saya sangat bangga.”

Keputusan itu menyaksikan Liverpool turun ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris dan hanya memiliki kelebihan empat mata berbanding Bournemouth yang masih berbaki dua perlawanan.

Walaupun The Reds mungkin masih mampu mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara, corak persembahan hambar sekali lagi mencetuskan persoalan mengenai masa depan Arne Slot.

Pengendali Liverpool itu tetap yakin beliau akan terus mengemudi pasukan musim depan walaupun kempen mempertahankan kejuaraan berlangsung mengecewakan.

Related Posts

RM7.05 juta diperuntuk naik taraf kemudahan sukan Stadium Negeri Sarawak

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad KUCHING – Stadium Negeri Sarawak bakal dinaik taraf menerusi peruntukan sebanyak RM7.05 juta bagi memastikan kemudahan sukan itu berada pada tahap selamat, moden dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak negara apabila membelasah Kelantan The Real Warriors (TRW) 14-1 pada aksi terakhir Liga Super 2025/2026 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia