2 bot nelayan ditahan dalam operasi penguatkuasaan Maritim di perairan Sandakan

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menahan dua Vesel Nelayan Tempatan (VNT) dalam operasi penguatkuasaan di perairan Sandakan, pada Rabu malam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, vesel pertama ditahan kira-kira pukul 12.39 tengah malam selepas dikesan menunda pukat pada kedudukan lebih kurang 1.79 batu nautika dari daratan berhampiran.

Menurut Muhamad Suhairy, bot berkenaan dikendalikan oleh empat nelayan warga Indonesia berusia antara 25 hingga 52 tahun.

“Tangkapan kedua pula dilakukan sekitar pukul 12.46 tengah malam apabila sebuah lagi VNT ditahan di lokasi berhampiran atas kesalahan sama.

“Vesel kedua itu dikendalikan tiga nelayan terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Indonesia dan seorang warga Filipina yang berusia antara 24 hingga 36 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua vesel terbabit melanggar syarat sah lesen di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Tambahnya, kedua-dua vesel bersama tujuh kru serta kira-kira tiga tan hasil tangkapan laut yang dianggarkan bernilai RM312,000 dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi membanteras sebarang pelanggaran undang-undang di perairan negara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah di laut diminta menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan untuk tindakan segera,” ujarnya.

  • Related Posts

    Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

    TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

    KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

    Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

    AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

    AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

    Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

    Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

    Gordon sah sertai Barcelona

    Gordon sah sertai Barcelona

    MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

    MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

    Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

    Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli