ICW Borneo Sabah sasar 3,000 peserta, potensi nilai dagangan RM40 juta

KOTA KINABALU – Industri pembinaan Sabah bakal menerima suntikan baharu menerusi penganjuran International Construction Week (ICW) Borneo Sabah 2026 yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 13 Mei ini di Kota Kinabalu.

Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat CIDB, Noraini Mohd Fadzil berkata, penganjuran ICW Borneo di Sabah buat julung kalinya merupakan langkah strategik bagi memenuhi keperluan unik industri pembinaan di Malaysia Timur.

“Sejak 1999, International Construction Week (ICW) dianjurkan setiap tahun di Kuala Lumpur. Namun, kami mengiktiraf bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai cabaran serta keperluan industri yang berbeza dan memerlukan pendekatan yang lebih khusus.

“Program anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) itu dijangka menarik sekurang-kurangnya 3,000 peserta serta menjana nilai dagangan mencecah RM40 juta, berdasarkan pencapaian edisi terdahulu di Kuching, Sarawak.

“ICW Borneo Sabah akan menjadi acara pembuka tirai kepada ICW peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, selain berperanan sebagai platform perkongsian ilmu, inovasi dan jaringan strategik untuk pemain industri tempatan,” ujarnya dalam Majlis Sesi Libat Urus Bersama Pengiat Industri sempena International Construction Week (ICW) 2026, di sini pada Khamis.

Tambah Noraini, antara topik yang paling mendapat perhatian ialah Building Information Modelling (BIM), infrastruktur berkualiti, kelestarian dalam pembinaan, penggunaan teknologi serta kaedah mengurangkan kelewatan projek.

“Seperti yang telah diumumkan, projek kerajaan bernilai RM10 juta dan ke atas diwajibkan menggunakan BIM. Justeru, kontraktor termasuk perusahaan kecil dan sederhana di Sabah amat berminat untuk mendalami teknologi ini.

“CIDB akan membawa pakar tempatan, serantau dan antarabangsa bagi memastikan perkongsian ilmu yang relevan serta praktikal kepada industri di negeri itu,” jelasnya.

Noraini turut menegaskan penganjuran ICW Borneo bukan sekadar persidangan tahunan, sebaliknya platform yang dibangunkan bersama pemain industri Sabah.

Related Posts

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Gordon sah sertai Barcelona

Gordon sah sertai Barcelona

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal