Nilai transaksi hartanah catat lebih RM100 bilion

PUTRAJAYA – Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024 menunjukkan pertumbuhan paling tinggi bilangan dan nilai transaksi harta tanah Malaysia dalam tempoh lima tahun.

Perkara positif itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika merujuk data terkini diterbitkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Dari segi trend pertumbuhan ujarnya, pasaran menokok lapan peratus manakala transaksi naik 24 peratus kepada 198,906 dengan nilai RM105.65 bilion berbanding Separuh Pertama 2023.

“Pencapaian tertinggi pada separuh pertama tahun ini juga didorong oleh sentimen kukuh pertumbuhan ekonomi negara iaitu kira-kira 5.9 peratus,” katanya selepas merasmikan Simposium Penyelidikan Harta Tanah Antarabangsa 2024 di Institut Penilaian Negara (Inspen), dekat Kajang, hari ini.

Sokongan berterusan pihak kerajaan ujarnya, melalui pelaksanaan pelbagai langkah dari Belanjawan 2024 menjadi pemangkin pasaran harta tanah domestik lebih kukuh.

Related Posts

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

KERAJAAN perlu meneliti enam perkara utama sebelum mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), termasuk menetapkan kadar munasabah, melindungi golongan berpendapatan rendah dan memastikan ketelusan penggunaan hasil cukai, kata pakar ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

PUTRAJAYA – Malaysia dan Mesir bakal mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama pada suku pertama tahun depan bagi memperluas kerjasama perdagangan, pelaburan, kesalinghubungan penerbangan serta meneroka peluang ekonomi baharu. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala