Tidak puas hati, unsur ugutan punca kenderaan AKPS ditembak

KUBANG PASU – Mahu menakutkan pegawai penguat kuasa serta tidak puas hati dipercayai motif awal insiden Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam ditembak dua lelaki pada awal pagi ini.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Datuk Adzli Abu Shah berkata, pihaknya percaya kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati individu tertentu terhadap pihak berkuasa seperti AKPS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang banyak melakar kejayaan rampasan.

“AKPS berjaya merampas daging khinzir yang cuba diseludup masuk pada bulan lalu dan rampasan lain menyebabkan kemungkinan ada yang tidak berpuas hati.

“Jadi motif kejadian setakat ini ialah untuk menakut-nakutkan pihak berkuasa. Bagaimanapun kejadian ini tidak akan mematahkan semangat semua pengawai penguat kuasa untuk terus menjalankan tugas dan membanteras penyeludupan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adzli berkata, siasatan setakat ini mendapati suspek memakai topi keledar berpenutup penuh dan tidak membuka lampu ketika melepaskan tembakan.

“Ketika kejadian itu, beliau (Komander AKPS Bukit Kayu Hitam) yang dalam perjalanan ke masjid terletak satu kilometer dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam tiba-tiba dia terdengar bunyi letupan.

Beliau cuba mengejar dua lelaki menaiki motosikal namun gagal,” katanya.

Adzli menambah, polis tidak menolak kemungkinan dua suspek yang melepaskan tembakan ke kereta Komander AKPS itu diupah sindiket.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan suspek diupah sindiket untuk melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun siasatan masih berjalan dan kita menyiasat dari semua aspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain mengesahkan kejadian pegawainya diserang dua lelaki dan memberitahu beliau dalam perjalanan ke sana.

Media hari ini melaporkan kenderaan Proton X70 yang dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam dipercayai ditembak dengan dua das tembakan.

Bagaimanapun dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir terselamat daripada terkena peluru selepas tembakan dilepaskan suspek tidak dikenali.

Related Posts

Pelaburan strategik pacu industri perkhidmatan Sarawak bertaraf dunia

KUCHING – Sarawak terus komited memperkukuh pembangunan industri perkhidmatannya sebagai pemacu baharu pertumbuhan ekonomi negeri menerusi pelbagai pelaburan strategik. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan berskala…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SMD pamer inovasi reka bentuk litar bersepadu belia Sarawak

KUCHING – Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor Sdn Bhd bakal mempamerkan inovasi litar bersepadu (IC) ciptaan pelajar tempatan sempena majlis pelancaran Pusat Sains Sarawak pada 29 Julai lalu. Antara inovasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaburan strategik pacu industri perkhidmatan Sarawak bertaraf dunia

Pelaburan strategik pacu industri perkhidmatan Sarawak bertaraf dunia

SMD pamer inovasi reka bentuk litar bersepadu belia Sarawak

SMD pamer inovasi reka bentuk litar bersepadu belia Sarawak

Pengundi DUN Chennah puas hati tiada isu utama, namun mahu banjir kilat diatasi segera

Pengundi DUN Chennah puas hati tiada isu utama, namun mahu banjir kilat diatasi segera

113 Rohingya diperiksa, semua miliki dokumen sah UNHCR

113 Rohingya diperiksa, semua miliki dokumen sah UNHCR

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan di IPD Port Dickson berjalan lancar

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan di IPD Port Dickson berjalan lancar

Enam beradik, rakan didakwa edar dadah

Enam beradik, rakan didakwa edar dadah