Tidak puas hati, unsur ugutan punca kenderaan AKPS ditembak

KUBANG PASU – Mahu menakutkan pegawai penguat kuasa serta tidak puas hati dipercayai motif awal insiden Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam ditembak dua lelaki pada awal pagi ini.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Datuk Adzli Abu Shah berkata, pihaknya percaya kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati individu tertentu terhadap pihak berkuasa seperti AKPS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang banyak melakar kejayaan rampasan.

“AKPS berjaya merampas daging khinzir yang cuba diseludup masuk pada bulan lalu dan rampasan lain menyebabkan kemungkinan ada yang tidak berpuas hati.

“Jadi motif kejadian setakat ini ialah untuk menakut-nakutkan pihak berkuasa. Bagaimanapun kejadian ini tidak akan mematahkan semangat semua pengawai penguat kuasa untuk terus menjalankan tugas dan membanteras penyeludupan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adzli berkata, siasatan setakat ini mendapati suspek memakai topi keledar berpenutup penuh dan tidak membuka lampu ketika melepaskan tembakan.

“Ketika kejadian itu, beliau (Komander AKPS Bukit Kayu Hitam) yang dalam perjalanan ke masjid terletak satu kilometer dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam tiba-tiba dia terdengar bunyi letupan.

Beliau cuba mengejar dua lelaki menaiki motosikal namun gagal,” katanya.

Adzli menambah, polis tidak menolak kemungkinan dua suspek yang melepaskan tembakan ke kereta Komander AKPS itu diupah sindiket.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan suspek diupah sindiket untuk melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun siasatan masih berjalan dan kita menyiasat dari semua aspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain mengesahkan kejadian pegawainya diserang dua lelaki dan memberitahu beliau dalam perjalanan ke sana.

Media hari ini melaporkan kenderaan Proton X70 yang dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam dipercayai ditembak dengan dua das tembakan.

Bagaimanapun dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir terselamat daripada terkena peluru selepas tembakan dilepaskan suspek tidak dikenali.

Related Posts

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana