Boleh bina rumah ibadat, tapi perlu ikut undang-undang

TEMERLOH – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan pembinaan rumah ibadat di negeri ini wajib mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan bagi menjamin keharmonian masyarakat majmuk.

Al-Sultan Abdullah bertitah, pembinaan rumah ibadat tanpa melalui saluran sah bukan sahaja melanggar peraturan, malah berpotensi mencetuskan salah faham serta ketegangan antara kaum dan agama.

“Undang-undang bukan menyekat atau menindas tetapi untuk menyelaraskan serta menjamin keadilan dan keharmonian bersama-sama,” titah baginda yang dimuat naik di portal rasmi Kesultanan Pahang hari ini.

Menurut hantaran itu, Sultan Pahang bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Masjid Tengku Amir Ibrahim Sultan Abdullah di Taman Bukit Bendera di Temerloh, semalam.

Selain itu, baginda bertitah tindakan mana-mana pihak yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang boleh menyebabkan kekeliruan serta perbalahan dalam masyarakat.

“Ibarat membina rumah tanpa pelan, akhirnya akan roboh menyembah bumi,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah menegaskan negeri Pahang memerlukan ketertiban dan kepatuhan kepada peraturan, bukannya tindakan terburu-buru yang boleh mengundang sengketa.

Baginda menyeru pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan melalui jawatankuasa rumah ibadat bukan Islam, Jabatan Agama Islam serta pemimpin komuniti untuk berganding bahu memperjelaskan prosedur dan memberi bimbingan sewajarnya kepada masyarakat.

“Dalam masa sama, rakyat turut diingatkan bersikap matang dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan demi memelihara perpaduan negeri,” titah baginda lagi.

Related Posts

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kemelut berkaitan adat dan perlembagaan yang berlaku di Negeri Sembilan, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini