27 peniaga dikompaun sepanjang lima hari Ops Pantau 2026 – KPDN

IPOH – Seramai 27 peniaga termasuk peniaga bazar Ramadan di seluruh Perak dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak sepanjang lima hari pelaksanaan Ops Pantau 2026 yang bermula 19 Februari lalu.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, daripada 27 kes yang direkodkan sehingga 23 Februari, sebanyak 23 kes melibatkan kesalahan tiada tanda harga, manakala empat lagi membabitkan pelanggaran di bawah Akta Timbang Sukat 1972 kerana menggunakan alat timbang tidak disahkan serta tamat tempoh verifikasi.

Menurut beliau, dalam tempoh tersebut sebanyak 860 premis telah diperiksa di seluruh negeri, dengan nilai keseluruhan kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM6,000.

“Sekiranya ketika pemeriksaan kita menemui sebarang kesalahan, kompaun akan dikenakan serta-merta di lokasi terlibat.

“Setakat ini, nilai kompaun keseluruhan adalah RM6,000 bagi 27 kes yang direkodkan di seluruh Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sesi walkabout dan pelancaran Bazar Ramadan Rahmah (BRR), Program Ihsan Food Bank (I-FB) serta Program Patuh di Bazar Ramadan Taman Cempaka, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Kamalludin menjelaskan Ops Pantau 2026 dilaksanakan secara bersasar dengan kekerapan pemantauan dipertingkat di lokasi tumpuan orang ramai menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

“Kita memberi tumpuan kepada bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar raya, pasar awam, pasar kering serta kedai runcit bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang dan pengguna dilindungi,” ujarnya.

Ops Pantau yang berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac depan bertujuan memastikan ekosistem perdagangan kekal stabil, beretika dan adil sepanjang musim perayaan.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara