Guna taktik ‘tinggal dan lari’, Kastam rampas vape, ganja lebih RM500,000

KANGAR – Sindiket penyeludupan dikesan menggunakan taktik meninggalkan barangan di lokasi tertentu untuk dikutip individu lain bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas vape dan kanabis bernilai lebih RM500,000 awal Februari lalu.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, rampasan itu melibatkan 9,400 unit peranti vape dan 20 kilogram dadah jenis kanabis dalam dua kes berasingan di Kuala Perlis.

Katanya, dalam kes pertama pada 6 Februari 2026 kira-kira pukul 1.30 pagi, pasukan operasi Cawangan Penguatkuasaan Marin Kuala Perlis mengejar sebuah sampan yang bergerak mencurigakan di perairan Kurung Tengar.

“Bertindak atas maklumat, pasukan operasi telah mengejar sebuah sampan yang bergerak dalam keadaan mencurigakan sebelum ia memecut ke kawasan perairan cetek dan beberapa lelaki melarikan diri ke daratan.

“Hasil pemeriksaan ke atas sampan tersebut menemukan beberapa kotak mengandungi peranti vape pelbagai perisa yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 9,400 unit peranti vape dianggarkan bernilai RM454,000 dengan duti dan cukai RM95,340 turut disita.

“Turut disita ialah sampan bersama enjin yang dianggarkan bernilai RM50,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Dalam kes berasingan pada 10 Februari kira-kira pukul 10 malam, pasukan operasi membuat pemeriksaan di tebing sungai Kampung Bukit Tok Po sebelum menemukan dua bungkusan guni putih yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan tersebut mengandungi 20 ketulan mampat kanabis seberat 20 kilogram yang dianggarkan bernilai RM62,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, modus operandi sindiket adalah meninggalkan barangan untuk dikutip individu tertentu selain kerap menukar lokasi bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa, manakala kedua-dua kes masih dalam siasatan dan orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan

  • Related Posts

    Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

    KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

    ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

    Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

    PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

    PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

    Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

    Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

    Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

    Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

    Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

    Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

    Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

    Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos