Kerjasama CENTEXS, Huawei perkasa pendidikan belia Sarawak

KUCHING – Melalui kolaborasi Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) dengan rakan strategik pintar Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. (Huawei Malaysia), kerajaan Sarawak kini bergiat melaksanakan pelbagai inisiatif serta pendekatan bagi memperkasakan pendidikan belia di negeri ini.

Seiring dengan aspirasi Sarawak menjadi negeri digital menjelang 2030, kerjasama ini bukan sahaja menyediakan ruang serta peluang pendidikan, malah turut memastikan pembangunan program digital turut tercapai.

Bagi merealisasikan aspirasi tersebut, maka kolaborasi strategik konglomerat telekomunikasi itu dengan kerajaan Sarawak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menubuhkan Akademi Digital di CENTEXS.

Ketua Inovasi Bakat dan Strategi Huawei Malaysia Carolyn Wai Kar Yinb berkata Sarawak mempunyai potensi yang luas, namun perkara utama yang perlu perkukuhkan adalah jaringan.

“Di CENTEXS, kita mulakan dengan latihan agihan dan pemahaman 5G. Kita agak bertuah kerana mempunyai tenaga pengajar Huawei yang diiktiraf dan berkelayakan dalam segmen ini.

“Pensijilan 5G Huawei ini diiktiraf oleh pemain industri, malah dikenali di serata dunia,” jelas

Tambah Carolyn lagi, pihaknya akan memfokuskan kepada beberapa bidang digital spesifik.

Ujar Carolyn, anak-anak Sarawak akan dilengkap dengan pengetahuan teori dalam ruang kelas, membina bakat digital dengan tangkas dan kompeten dan seterusnya mewujudkan masyarakat digital yang inklusif.

“CENTEXS mempunyai sukatan pelajaran yang sistematik dan kita dapat membentuk pelajar yang cemerlang serta holistik dari segi perkembangan dan transformasi digital.

“Kita mempunyai latihan jaringan 5G, protokol internet (IP), penghantaran data serta teknologi digital hijau,” kata Carolyn.

Huawei Malaysia turut mempunyai visi serta hala tujunya sendiri dalam mendukung serta merealisasikan inovasi serta transformasi digital negara.

Malah, syarikat tersebut turut berkolaborasi dengan beberapa agensi kerajaan, institusi pendidikan dan organisasi lain dalam pelbagai inisiatif berasaskan teknologi serta ekonomi digital.

Antaranya, program pembangunan bandar pintar, hubungan pintar luar bandar, kampus pintar, pertanian pintar, pendidikan pintar dan bangunan pintar.

“Huawei menyediakan program latihan jurulatih (TTT) untuk memangkin kemahiran tenaga pengajar di CENTEXS ini, supaya mereka dapat menyampaikan sukatan pelajaran secara lebih efektif kepada para pelajar.

“Tenaga pengajar Huawei mempunyai kelayakan yang diiktiraf. Selain itu, kita turut menyediakan makmal 5G serta ruang lapangan kajian serta ladang solar sebagai pemudahcara segmen pendidikan ini,” kata Carolyn.

Carolyn turut berasa teruja apabila melihat semangat juang anak-anak Sarawak yang gigih dalam menimba ilmu serta kemahiran untuk masa depan diri yang lebih cemerlang.

Secara tidak langsung, Huawei Malaysia juga antara pihak yang turut menyumbang kepada perkembangan, pemerkasaan serta kejayaan segmen pendidikan serta transformasi digital Sarawak menjelang 2030.

Related Posts

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan EXCO

SEREMBAN – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa serta-merta. Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan EXCO

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan EXCO

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan