13 PATI ditahan dalam serbuan Bazar Ramadan

SERAMAI 13 warga Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana dipercayai melakukan kesalahan imigresen dalam operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan di tapak Bazar Ramadan di Bandar Baru Bangi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, operasi JIM yang bermula 3.55 petang Isnin telah memeriksa 720 individu melibatkan 693 warga tempatan, 12 lelaki dan 13 wanita warga Indonesia serta dua lelaki warga Bangladesh di 143 tapak Bazar Ramadan itu.

“Hasil pemeriksaan, JIM menahan enam lelaki dan tujuh wanita warganegara Indonesia kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua warganegara asing yang berusia antara 18 dan 40 tahun berkenaan telah dibawa dan ditahan di Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lokman menegaskan, JIM akan terus melaksanakan pemeriksaan dari semasa ke semasa di mana-mana Bazar Ramadan seluruh negara.

“JIM tidak akan berkompromi sama sekali terhadap warganegara asing yang menjalankan perniagaan secara haram, sekali gus gagal mematuhi undang-undang imigresen.

“Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana individu atau majikan yang melindungi atau menggaji pendatang tanpa izin,” katanya.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa