‘Prelove Baju Raya’ Puteri UMNO Padang Rengas ‘laku keras’

PADANG RENGAS – Tangan yang memberi mampu menggembirakan yang menerima.

Semangat itu dizahirkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Padang Rengas menerusi penganjuran Program Wardrobe Raya Puteri yang berjaya menarik perhatian ramai apabila pakaian ‘prelove’ yang ditawarkan habis dipilih pengunjung.

Ketua Puteri UMNO Padang Rengas, Intan Noor Haswanie Mahamad Wahab berkata, program kebajikan yang diadakan pada Sabtu lalu di Arena Lubok Merbau, di sini itu bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan pakaian sempena Aidilfitri tanpa perlu mengeluarkan kos.

Menurutnya, kesemua pakaian yang diagihkan adalah hasil sumbangan orang ramai dan dipilih dengan teliti sebelum dilabel khas dengan nama program bagi memberi pengalaman seperti membeli-belah di butik.

“Pelbagai jenis pakaian kami berikan secara percuma tanpa menetapkan sebarang had. Pengunjung bebas memilih mengikut cita rasa masing-masing.

“Kami menyediakan pelbagai saiz bermula daripada kanak-kanak hingga dewasa, termasuk saiz XS sehingga plus size.

“Antara pakaian yang ditawarkan ialah Baju Melayu, kurta, baju kurung, kebaya, jubah dan tudung,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press (TMP) pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program berkenaan merupakan penganjuran julung kali oleh pihaknya dan menerima sambutan amat menggalakkan khususnya daripada golongan sasaran.

Katanya, pendekatan meletakkan label pada setiap pakaian bertujuan memberi suasana lebih eksklusif kepada penerima, sekali gus memelihara rasa hormat dan keyakinan diri mereka.

“Konsepnya supaya setiap yang hadir dapat merasai pengalaman memilih pakaian seperti di butik.

“Melihat mereka tersenyum gembira sudah cukup menggembirakan kami.

“Insya-Allah, kami berharap usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Related Posts

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

MARAN – Penampilan istimewa kontinjen Orang Asli mencuri tumpuan pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jengka, yang berlangsung hari ini. Kontinjen seramai 20 orang berusia antara 14 hingga 43 itu adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari