JPJ Perak keluar 5,136 notis sepanjang Ops Khas Tahun Baharu Cina 2026

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan sebanyak 5,136 notis atas pelbagai kesalahan sepanjang Operasi Khas sempena Tahun Baharu Cina 2026 yang berlangsung dari 13 hingga 22 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, sehingga 21 Februari, sebanyak 38,135 kenderaan pelbagai kategori telah diperiksa oleh anggota penguat kuasa dalam operasi berkenaan.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,136 Notis P22 dikeluarkan atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala 59 kenderaan disita atas kesalahan serius.

“Bagi mengekang kesalahan berisiko tinggi, JPJ Perak turut memberi tumpuan kepada kesalahan utama atau ‘7 Big Sins’.

“Sebanyak 45 kes lebih muatan dikesan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala tiada kes direkodkan di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, antara kesalahan utama yang direkodkan termasuk tidak memakai tali pinggang keledar (85 kes); tidak mematuhi lampu isyarat merah (49); memotong di garisan berkembar (36); tidak memakai topi keledar (32); memandu di lorong kanan secara berterusan (24); memotong secara bahaya (17) dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu (11 kes).

Selain itu, sebanyak 53 pemeriksaan bas di depo dan 260 pemeriksaan bas di terminal turut dilaksanakan, selain enam perjalanan penyamaran bas bagi memantau tahap pematuhan pemandu terhadap peraturan ditetapkan.

Dalam pada itu, JPJ Perak turut bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan seramai 158 pemandu menjalani ujian saringan air kencing. Seorang pemandu didapati gagal ujian berkenaan.

Mohammad Yusoff menegaskan, JPJ Perak akan terus mempergiat penguatkuasaan secara berterusan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan jalan raya, khususnya dalam tempoh perayaan yang menyaksikan peningkatan jumlah trafik yang tinggi.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara