Op Tapis: Buruh Indonesia ditahan miliki syabu

LIMBANG – Seorang buruh lelaki warga Indonesia berputih mata apabila ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam serbuan Op Tapis di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, suspek diberkas sepasukan polis sekitar jam 12 tengah hari hasil maklumat dan risikan.

Pemeriksaan lanjut ke atas suspek kemudiannya menemukan satu peket plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.40 gram.

Menurutnya, semakan awal mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati suspek dipercayai mula terjebak dengan penyalahgunaan najis dadah sejak awal tahun ini. Difahamkan, dia kini bekerja dalam sektor pembersihan bangunan dan pejabat.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan turut mendapati suspek memasuki daerah ini pada penghujung tahun 2024 untuk bekerja dan dokumen perjalanannya (pasport) masih sah ketika tangkapan dibuat.

Tambahnya, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM