SK Bawang K9 terjejas teruk, tindakan baik pulih perlu disegerakan 

PAITAN – Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang K9, Tangkarason Beluran mengalami kerosakan amat serius susulan bencana banjir baru-baru ini, dengan hampir 90 peratus kemudahan dan peralatan sekolah dilaporkan rosak sepenuhnya.

Menteri Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, Datuk James Ratib berkata, berdasarkan penilaian awal sekolah berkenaan memerlukan segera kira-kira 200 set meja dan kerusi murid, 30 set meja dan kerusi guru serta lima set meja dan kerusi bagi pentadbiran. 

“Kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi sembilan buah kelas turut terjejas dan memerlukan whiteboard serta Smart TV baharu. 

“Keseluruhan buku teks termasuk stor bekalan buku teks telah musnah, manakala 30 buah laptop dan lapan set komputer untuk kegunaan pelajar tidak lagi dapat digunakan. 

“Selain itu, kerosakan turut melibatkan bilik pusat sumber, tandas serta bilik mesyuarat sekolah.

“Sebanyak 10 buah tangki simpanan air juga dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus banjir,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Isnin. 

Jelasnya, ia memerlukan tindakan segera dan penyelarasan yang pantas bagi memastikan proses pemulihan dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan akses pendidikan murid-murid. 

James turut menyeru Jabatan Pendidikan Negeri Sabah agar menyalurkan bantuan dengan kadar segera bagi membolehkan kerja-kerja pemulihan dan penggantian aset dilaksanakan secepat mungkin.

“Saya juga menggesa semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya memaklumkan dengan segera kepada pihak kementerian sekiranya berlaku kejadian seumpama ini di kawasan masing-masing agar tindakan awal dapat diambil dan bantuan dapat disalurkan tanpa kelewatan,” ujarnya. 

Katanya, kelangsungan pendidikan anak-anak Sabah adalah tanggungjawab bersama dan mesti sentiasa menjadi keutamaan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula