Mustapha agih 10,000 pek bubur lambuk, santuni rakyat Sepanggar

KOTA KINABALU – Semangat Ramadan terus disemarakkan dengan agihan 10 ribu pek bubur lambuk menerusi Program Ukhuwah MADANI Ramadan 1447H/2026 Parlimen Sepanggar yang berlangsung di Masjid Al-Muhajirin, Kg Warisan, di sini pada Ahad.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, program berkenaan dianjurkan Pejabat Parlimen Sepanggar dengan kerjasama beberapa NGO serta ASCOT Academy sebagai usaha memperkukuh ukhuwah dan menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Alhamdulillah, pada petang ini kita dapat bersama-sama menjayakan program Bubur Lambuk 10,000 pek di bawah Program Ukhuwah MADANI.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 3,000 pek disediakan khusus untuk edaran di Kg Warisan,” kongsinya kepada media selepas merasmikan program tersebut, pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Mustapha memaklumkan pihaknya mengikuti secara dekat situasi banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah.

“Saya telah mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di SMK Tandek 2, Kota Marudu bagi meninjau kaedah pengurusan dan kebajikan mangsa.

“Beberapa kawasan lain termasuk Tawau turut terjejas dan semua agensi berkaitan telah digerakkan bagi memastikan bantuan disalurkan dengan segera seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut dikerahkan ke setiap PPS bagi menilai keperluan mangsa.

“Saya berharap semua pihak sentiasa berhati-hati dalam musim banjir ini. Kita akan mempercepatkan pergerakan agensi ke lokasi terjejas serta memastikan sumbangan diberikan kepada mangsa yang berdaftar di pusat penempatan sementara,” ujarnya.

Mengulas isu banjir yang saban tahun berulang, Mustapha berkata, fenomena perubahan cuaca dan pemanasan global menjadi antara faktor peningkatan kejadian banjir, bukan sahaja di Sabah malah di seluruh dunia.

“Kerajaan akan meneliti pelaksanaan projek tebatan banjir di kawasan terjejas selain memperkukuh sistem penyaluran maklumat berkaitan perubahan cuaca melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

“Maklumat sebenarnya ada, tetapi kadang-kadang kesedaran dan kefahaman masyarakat masih kurang atau maklumat tidak sampai sepenuhnya.

“Amaran awal perlu dipertingkatkan supaya penduduk kampung dapat membuat persediaan lebih awal,” katanya lagi.

  • Related Posts

    Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

    BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

    KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

    PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

    Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

    Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

    Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

    Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

    UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

    UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

    Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

    Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

    Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

    Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana