Konsulat India di Sabah masih dalam pertimbangan – Mustapha

KOTA KINABALU – Cadangan penubuhan Konsulat India di Sabah masih dalam peringkat pertimbangan dan belum ada sebarang keputusan dimuktamadkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud.

Mustapha berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam Kabinet susulan permintaan daripada Perdana Menteri India dan kerajaan mengambil pendekatan mempertimbangkannya sebagai tanda menghormati hubungan dua hala.

“Ini adalah permintaan daripada Perdana Menteri India Jadi respon kita sebagai menghormati permintaan, kita pertimbangkan, itu sahaja.

“Tapi saya fikir Kerajaan Negeri dan Kementerian Luar Negeri pun akan teliti sekiranya ada keperluan di negeri ini,” ujarnya ketika ditemui media selepas Program Ukhuwah MADANI Ramadan 1447H/2026 Parlimen Sepanggar, di Masjid Al-Muhajirin, Kampung Warisan, di sini pada Ahad.

Mustapha berkata, antara faktor yang diambil kira termasuk peningkatan ketibaan pelancong dari India ke Sabah yang mungkin memerlukan kemudahan konsulat bagi memudahkan urusan berkaitan.

Mengulas reaksi segelintir pihak yang mempersoalkan keutamaan penubuhan Konsulat India berbanding Konsulat Filipina, beliau berkata cadangan berkenaan adalah susulan lawatan Perdana Menteri India dan bukan sesuatu yang dirancang lebih awal.

Katanya, permintaan berkaitan Konsulat Filipina juga telah dikemukakan lebih awal dan kerajaan bersedia meneliti perkara itu sekiranya terdapat kewajaran, dengan mengambil kira pandangan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, mengulas kenyataan terbaharu pihak tertentu di Filipina berhubung tuntutan ke atas Sabah, beliau menegaskan perkara itu bukan isu baharu dan Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan negara.

“Sabah dan Sarawak telah bersetuju membentuk Malaysia. Ini negara kita dan kita akan pertahankan kedaulatan melalui saluran bijaksana antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan termasuk Kementerian Luar Negeri,” tegasnya.

Related Posts

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong