WhatsApp kutuk Pas hanya fitnah dari pembenci Bersatu

PUTRAJAYA – Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan kandungan tangkap layar perbualan kumpulan sembang WhatsApp yang antaranya mendakwa beliau dan beberapa pemimpin parti  mengutuk parti komponen Perikatan Nasional (PN) dipercayai Pas.

Beliau memaklumkan, dakwaan beliau mengutuk parti tersebut adalah ‘berniat jahat’ serta fitnah bagi mewujudkan persepsi negatif dalam memecah belahkan hubungan Bersatu dengan parti komponen selain menguntungkan musuh politik yang lain.

Beliau mendakwa, hantaran itu jelas datang dari kumpulan yang mahu Bersatu dan Pas berpecah di samping turut mempersoalkan motif kumpulan terbabit menyerang Bersatu dengan halaman Facebook baharu berkenaan selain bekerja dengan musuh untuk melemahkan PN.

“Kandungan mesej yang tular itu adalah palsu. Perbuatan itu adalah berniat jahat semata-mata mahu memporak perandakan lagi Bersatu dan mahu hubungan Bersatu-Pas renggang dengan tujuan untuk melumpuhkan PN.

“Ini pastinya datang dari pihak yang terdesak mahu dua parti ini berpecah. Hantaran itu pun dibuat dari akaun Facebook haram dan saya nafikan perkara itu. Jelas gambar profil itu dengan saya berbeza.

“Apabila ia berlaku, ia menguntungkan musuh-musuh politik Bersatu. Ini bermakna mereka bersama musuh politik PN dalam mewujudkan fitnah terhadap Bersatu dan Pas,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Terdahulu, tular mesej disebarkan di media sosial itu dengan beliau didakwa mencadangkan partinya keluar daripada PN selain menyebut Pas boleh bersama UmDAP (label gabungan UMNO dan DAP oleh lawan).

Ahmad Faizal atau lebih dikenali Peja didakwa mengeluarkan kenyataaan itu susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN dipercayai selepas didesak segelintir pemimpin Pas, penghujung tahun lalu.

Dalam tangkap layar itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz didakwa telah menulis: “Rasanya lebih baik jika Pas yang keluar (dari PN) DS Peja. Mereka pun nak ke MN (Muafakat Nasional (MN) dah.”

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Jasri Jamaludin pula didakwa bersetuju dengan kenyataan Faizal dan meminta Muhyiddin mempertimbangkan semula keputusan meletak jawatan Pengerusi PN. 

  • Related Posts

    Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

    PENINGKATAN undi Pakatan Harapan (PH) sebanyak hampir 67 peratus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 menunjukkan gabungan itu masih mempunyai sokongan yang kukuh dalam kalangan rakyat negeri berkenaan. Naib…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

    IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengelak menjawab secara langsung soalan berhubung pendiriannya terhadap janji untuk meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

    AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

    Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

    Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

    JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

    JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

    Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

    Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

    PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

    PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

    YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

    YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS