Bazar Ramadan Bau sedia tapak percuma, jadi medan interaksi

BAU – Penganjuran Majlis Perasmian Bazaar Ramadhan Bau dan Majlis Bersungkey 2026 membuktikan acara itu mampu menjadi medan interaksi sosial yang mengeratkan silaturahim masyarakat di daerah ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep menzahirkan rasa syukur melihat perpaduan utuh komuniti di Bau.

Menurutnya, dari sudut sosial, bazar tersebut berfungsi sebagai medan interaksi harian yang positif, tempat pertemuan rakan lama serta ruang untuk memperkenalkan makanan tradisi.

“Ia juga membuka peluang mendidik generasi muda tentang nilai hormat-menghormati dalam masyarakat majmuk, selari dengan aspirasi perpaduan nasional di Sarawak.

“Sebagai anak jati Bau, saya amat menghargai nilai perpaduan yang ada di sini. Sikap toleransi semua penduduk menyemarakkan banyak limpahan pembangunan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian tersebut semalam.

Tambah Henry, penglibatan pelbagai lapisan komuniti dalam aktiviti harian seperti membeli juadah berbuka puasa mampu menjadi jambatan perpaduan yang menyatukan warga setempat dalam semangat muhibah.

Beliau turut menyeru agensi di daerah itu mengekalkan kerjasama baik bagi memastikan silaturahim masyarakat sentiasa berkekalan.

Biarpun berdepan cuaca hujan lebat, pembukaan hari pertama bazar berkenaan tetap mendapat sambutan hangat pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara itu, Pengerusi Masyarakat Melayu Bau, Alwie Bol memaklumkan, seramai 45 peniaga menyertai aktiviti jualan di Pasar Bau tahun ini.

Lebih istimewa, kesemua peniaga bazar Ramadan tersebut menarik nafas lega apabila mereka tidak dikenakan sebarang caj atau bayaran sewaan tapak.

“Peniaga Bazaar Ramadan Bau menzahirkan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada Datuk Henry atas sumbangan dan tajaan khemah kepada 45 peniaga.

“Semoga bazar Ramadan ini bukan sekadar tempat berjual beli, tapi pusat pertemuan komuniti serta menjadi tempat kita berkongsi rezeki,” jelasnya.

Majlis itu merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Melayu Bau, Persatuan Melayu Bau dan Majlis Daerah Bau.

Turut hadir Pegawai Daerah Bau, Eddy Nayoi; Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintendan Mohd Haide A. Rahman; Temenggong Masyarakat Bidayuh Bahagian Kuching, Temenggong Atok Derop; Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kaum (KMKK) serta ketua-ketua jabatan.

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

KOTA KINABALU – ‎Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan insentif kerajaan negeri berjumlah RM5,000 kepada atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra, sebagai pengiktirafan atas kejayaan cemerlangnya di pentas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

MIRI – Isu kerosakan berulang sistem penyaman udara di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri di sini mendapat perhatian serius selepas beberapa siri tinjauan dilakukan bagi menilai sendiri keadaan di lapangan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat