‎Peniaga diingatkan kekal intergriti sepanjang Ramadan ‎ ‎

KOTA KINABALU – Semua peniaga digesa agar mengekalkan integriti dan keadilan dalam amalan perniagaan serta tidak membentuk kartel atau terlibat dalam aktiviti pencatutan menjelang Ramadan.

‎Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Cawangan Sabah, David Chan berkata, pihaknya memandang serius kemungkinan wujud tindakan bersepakat dalam kalangan peniaga untuk mengawal bekalan serta menaikkan harga barangan makanan secara tidak munasabah, khususnya makanan sejuk beku tempatan dan import.

‎”Amalan tidak beretika ini boleh memberi tekanan kepada pengguna ketika permintaan terhadap barangan makanan meningkat sepanjang bulan puasa.

‎“Kami mengingatkan peniaga supaya mengekalkan integriti dan mengamalkan perniagaan yang adil.

‎”Sebarang manipulasi harga atau kenaikan tidak berasas adalah pelanggaran serius terhadap hak pengguna serta undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada jumaat.

‎Menurut David, tindakan tegas boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

‎”Di bawah Seksyen 14 akta berkenaan, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara, manakala syarikat pula berdepan denda sehingga RM500,000,” tegasnya.

‎Dalam pada itu, David berkata YPNM menyokong penuh pelaksanaan Op Pantau 2026 oleh KPDN dan menggesa pemantauan serta penguatkuasaan lebih tegas bagi memastikan harga barangan kekal berpatutan sepanjang Ramadan dan menjelang hari raya.

‎”Harga yang adil bukan sahaja mematuhi undang-undang, malah mencerminkan tanggungjawab moral kepada masyarakat.

‎”Kami berharap peniaga tidak mengambil kesempatan Ramadan dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab serta tidak meraih keuntungan berlebihan sehingga membebankan pengguna.

‎“Pengguna juga digalakkan sentiasa peka dan melaporkan sebarang kenaikan harga mencurigakan atau amalan perniagaan tidak beretika kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Related Posts

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel