Warga emas ditemui meninggal dunia di Jalan Sungai Anak

SARATOK – Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam kejadian di tepi jalan kawasan Sungai Anak menghala ke Simpang Roban awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 6.40 pagi selepas Balai Polis Roban menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat seorang individu terbaring di tepi jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Sejurus menerima panggilan, anggota polis telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan dan kawalan keadaan. Mangsa ditemui terbaring di tepi jalan tanpa sebarang kesan kecederaan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa dikenali sebagai Yong Swee Suong, 82 tahun, dari Sungai Anak, Roban.

Bantuan kecemasan telah diberikan oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Saratok di lokasi kejadian, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Saratok untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau lagi, hasil siasatan awal dan keterangan saksi termasuk ahli keluarga mendapati mangsa baru sahaja keluar dari Hospital Sarikei selepas menerima rawatan akibat simptom asma yang serius.

“Kita tidak menemui sebarang unsur jenayah di tempat kejadian setakat ini. Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (LMM) dan bedah siasat akan dijalankan pada 20 Februari 2026 jam 10.30 pagi bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” jelasnya.

  • Related Posts

    Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

    KANOWIT – Komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir menjelang musim perayaan diterjemahkan menerusi penganjuran Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2026 yang meraikan 100 penerima pada Selasa. Inisiatif…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

    LIMBANG – Keprihatinan kerajaan terhadap mangsa musibah diterjemahkan menerusi penyaluran peruntukan RM3.018 juta bagi membina semula kediaman di Rumah Panjang Rantau Kiran yang musnah dalam kebakaran pada 25 Januari 2023.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

    Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

    Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

    Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

    AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

    AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

    AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

    AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

    Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

    Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

    JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya

    • By Ynom
    • May 26, 2026
    JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya