
SANDAKAN – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa sehingga Jumaat, melibatkan beberapa daerah di Sabah.
METMalaysia menerusi kenyataan pada Jumaat berkata, amaran hujan lebat dikeluarkan khususnya untuk kawasan Beluran dan Sandakan serta Kota Marudu dan Pitas di daerah Kudat.
Sementara itu, bagi amaran hujan berterusan (waspada), turut dikeluarkan hingga tarikh sama bagi beberapa kawasan dijangka berlaku di kawasan Ranau dan Kota Belud di Pantai Barat, serta Telupid dan Sandakan di Pantai Timur, termasuk Kudat.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca serta media sosial rasmi METMalaysia.
Pertanyaan lanjut juga boleh dibuat melalui talian hotline 1-300-22-1638.






