Bomba pantau keadaan banjir di Taman Merpati Batu 7

SANDAKAN – Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan menjalankan operasi pemantauan berikutan laporan banjir di Taman Merpati Batu 7, di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Langung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.52 pagi.

“Seramai lapan anggota JPBM Sandakan bersama dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari balai.

“Pasukan mendapati paras air di kawasan berkenaan dalam keadaan terkawal dan tiada pemindahan mangsa dijalankan.

“Bagaimanapun, penduduk diingatkan supaya bersedia berpindah ke kawasan selamat sekiranya paras air meningkat,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Operasi dikawal sepenuhnya pada pukul 5.43 pagi.

Related Posts

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

SANDAKAN – Seorang lelaki berusia 26 tahun cedera selepas jari tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar ikan di Tian Sia, di sini pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.11 petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat