Bazar Ramadan buka peluang jana pendapatan peniaga tempatan

MUKAH – Penganjuran Bazar Ramadan Medan Ria Setia Raja membuka peluang luas kepada peniaga tempatan menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Menurut beliau, penyertaan seramai 134 peniaga tempatan tahun ini mencerminkan sambutan amat menggalakkan, sekali gus membuktikan bazar berkenaan berperanan penting sebagai platform memperkukuh ekonomi komuniti setempat.

“Bazar ini bukan sahaja memudahkan penduduk mendapatkan juadah berbuka puasa, malah membuka peluang kepada peniaga kecil dan sederhana untuk menjana pendapatan tambahan sepanjang Ramadan,” katanya ketika merasmikan bazar itu pada Khamis.

Bazar di bawah seliaan Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) itu menghimpunkan pelbagai gerai makanan dan minuman, termasuk juadah tradisional dan moden, sekali gus menjadi tumpuan penduduk setempat setiap hari.

Sementara itu, ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, bazar tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada peniaga, malah merancakkan peredaran ekonomi dalam komuniti setempat.

“Bazar Ramadan seperti ini menjadi platform penting untuk membantu usahawan tempatan berkembang serta meningkatkan taraf ekonomi mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi MDDM, Arini Suhaili berkata, pihak majlis memastikan pengurusan bazar berjalan lancar dengan penekanan terhadap aspek kebersihan, keselamatan makanan dan keselesaan pengunjung.

Foto: N.57 Tellian & N.58 Balingian

Related Posts

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian